Penjawat Awam 'Terlalu Mewah' Bertaubatlah..

Penjawat Awam 'Terlalu Mewah' Bertaubatlah.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjawat Awam 'Terlalu Mewah' Bertaubatlah.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjawat Awam 'Terlalu Mewah' Bertaubatlah..
link : Penjawat Awam 'Terlalu Mewah' Bertaubatlah..

Baca juga


Penjawat Awam 'Terlalu Mewah' Bertaubatlah..


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menggesa mana-mana pihak agar melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mengetahui mengenai penjawat awam yang dilihat hidup terlalu mewah.

Pada masa sama, beliau menasihatkan ahli keluarga penjawat awam agar memainkan peranan menasihatkan individu berkenaan untuk kembali bertaubat. "Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah tu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat," katanya semasa berucap pada Istiadat Penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam INTAN 2016 di Dewan Plenaric, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Beliau dalam pada itu menggalakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar memburu mereka yang melakukan kesalahan rasuah. Beliau menegaskan, langkah itu penting memandangkan individu berkenaan disifatkan telah merosakkan nama penjawat di negara ini. "Kita ada 1.6 juta penjawat awam, dan ada kira-kira 30 individu disiasat, ia merosakkan nama penjawat Awam. Jadi saya galakkan lagi SPRM untuk cari mereka yang merosakkan nama penjawat awam," ujar beliau. Justeru, beliau mengingatkan penjawat awam agar menjalankan tugas dengan penuh integriti. "Jagalah integriti diri semasa menjalankan tugas, dan saya harap keluarga sentiasa memberikan nasihat kalau nampak macam tak betul, kena nasihat supaya mereka berpegang teguh pada konsep integriti," katanya lagi. Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar projek lebih RM500 juta turut melibatkan penyertaan Ketua Audit Negara dan SPRM. "Sekarang projek-projek mewah seperti MRT, memang kita ada Ketua Audit Negara sendiri hadir, exco projek dan timbalan ketua pengarah SPRM juga hadir sebagai ahli exco. Itu untuk projek mewah. Sekarang saya akan membawa cadangan agar projek lebih RM500 juta ke atas pun perlu penyertaan dua agensi itu," tegasnya. Tambahnya lagi, tindakan pro-aktif perlu dilakukan bagi mengelak berlaku kes rasuah di kalangan penjawat awam.


Demikianlah Artikel Penjawat Awam 'Terlalu Mewah' Bertaubatlah..

Sekianlah artikel Penjawat Awam 'Terlalu Mewah' Bertaubatlah.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjawat Awam 'Terlalu Mewah' Bertaubatlah.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/penjawat-awam-terlalu-mewah-bertaubatlah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :