Lim: Kenapa Najib tak belajar dari China tangani rasuah

Lim: Kenapa Najib tak belajar dari China tangani rasuah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim: Kenapa Najib tak belajar dari China tangani rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim: Kenapa Najib tak belajar dari China tangani rasuah
link : Lim: Kenapa Najib tak belajar dari China tangani rasuah

Baca juga


Lim: Kenapa Najib tak belajar dari China tangani rasuah

MALAYSIAKINI

 

Putrajaya nampaknya cenderung kepada China dalam banyak bidang, tetapi agenda utamanya patut belajar bagaimana negara itu menangani rasuah, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

"Najib tidak boleh tidak sedar bahawa China, di bawah halatuju anti-rasuah Presiden Xi Jinping, telah menghukum lebih daripada sejuta pegawai kerana rasuah dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

"Pegawai atasan, termasuk menteri dan lain-lain personaliti besar telah dihukum kerana rasuah.

"Sebaliknya, apa yang dapat ditunjukkan oleh kempen anti-rasuah Najib, kerana semua orang masih menunggu 'jerung' di Malaysia didakwa di mahkamah," kata Lim dalam ucapannya di Pulau Pinang malam tadi.

Di bawah teraju Najib, Malaysia kini memiliki reputasi sebagai sebuah "kleptokrasi", katanya.

"Saya takrifkan di Parlimen pada Isnin bahawa 'kleptokrasi' adalah peraturan oleh pencuri dan perompak, dan pendirian saya tidak disangkal dan tidak dicabar di Dewan Rakyat.

"(Saya beritahu Dewan Rakyat) bahawa akibat daripada gelaran 'kleptokrasi global' yang memalukan, Malaysia diperintah oleh PPP: 'Pencuri, Perompak dan Penyamun',"katanya.

Lim berkata bahawa pada tahun 2015 dan awal 2016 sahaja, masalah rasuah Malaysia disebut oleh penerbitan ternama seperti foreignpolicy.com, majalah Time dan The Economist.

Selain itu, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) pada 2015, meletakkan kedudukan Malaysia ke-54 daripada 168, turun empat tempat daripada tahun sebelumnya.

"Kerajaan Najib bercakap besar mengenai sasarannya bagi Malaysia untuk berada di dalam 30 negara teratas dalam CPI TI pada tahun 2020, tetapi tiada apa-apa selain mimpi," katanya.

Lim memberi amaran bahawa China dan Indonesia bersedia untuk memintas Malaysia dalam ranking CPI oleh TI kecuali sesuatu yang drastik dilakukan.



Demikianlah Artikel Lim: Kenapa Najib tak belajar dari China tangani rasuah

Sekianlah artikel Lim: Kenapa Najib tak belajar dari China tangani rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lim: Kenapa Najib tak belajar dari China tangani rasuah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/lim-kenapa-najib-tak-belajar-dari-china.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :