Apa Wakil PAS Buat Di Pulau Pinang Hingga Tak Tahu Sistem Fatwa?

Apa Wakil PAS Buat Di Pulau Pinang Hingga Tak Tahu Sistem Fatwa? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Wakil PAS Buat Di Pulau Pinang Hingga Tak Tahu Sistem Fatwa?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Wakil PAS Buat Di Pulau Pinang Hingga Tak Tahu Sistem Fatwa?
link : Apa Wakil PAS Buat Di Pulau Pinang Hingga Tak Tahu Sistem Fatwa?

Baca juga


Apa Wakil PAS Buat Di Pulau Pinang Hingga Tak Tahu Sistem Fatwa?


Dakwaan PAS bahawa Pulau Pinang campur tangan dalam keputusan fatwa negeri mendedahkan kelemahan wakil mutlak parti Islam itu Datuk Mohd Salleh Man selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu menjawat kedudukan penting dalam pentadbiran negeri berkaitan hal-ehwal Islam.

"Apakah PAS membayangkan bahawa mereka gagal menggunakan Salleh Man sebagai wakil mereka bagi memenuhi apa jua agenda Islam yang mahu dilakukan di Pulau Pinang," kata Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar.

Beliau mengulas kenyataan kontroversi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Yusof yang mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP dan PKR telah 'campur tangan' dalam keputusan jawatankuasa fatwa.

Fauzi dipetik sebagai berkata, ini kerana keputusan oleh jawatankuasa itu telah dibentangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri sebelum mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong.

Ketika dihubungi, Salleh enggan mengulas mengenai kontroversi itu sambil berkata, beliau tidak mahu terlibat dalam perang mulut antara pihak yang berkenaan.

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'fitnah'.

Dalam perkembangan yang sama, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor menafikan gangguan, menggesa PAS tidak mempolitikkan keputusan mengenai fatwa.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, adalah jelas eksekutif tidak boleh mengganggu keputusan jawatankuasa fatwa kerana badan itu melapor terus kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Keputusan mengenai fatwa itu sendiri muncul selepas perbincangan dari pakar dan bertanggungjawab terus kepada Agong," katanya.

"Bagaimana parti Islam seperti PAS tidak tahu tentang sistem fatwa? Bagaimana mereka (PAS) tidak membuat bising apabila menjadi sebahagian daripada pentadbiran," tanya beliau lapor Malaysiakini





Demikianlah Artikel Apa Wakil PAS Buat Di Pulau Pinang Hingga Tak Tahu Sistem Fatwa?

Sekianlah artikel Apa Wakil PAS Buat Di Pulau Pinang Hingga Tak Tahu Sistem Fatwa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Wakil PAS Buat Di Pulau Pinang Hingga Tak Tahu Sistem Fatwa? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/apa-wakil-pas-buat-di-pulau-pinang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :