Nasib artis, dah 2 bulan Nam Ron jual pulut kuning

Nasib artis, dah 2 bulan Nam Ron jual pulut kuning - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasib artis, dah 2 bulan Nam Ron jual pulut kuning, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasib artis, dah 2 bulan Nam Ron jual pulut kuning
link : Nasib artis, dah 2 bulan Nam Ron jual pulut kuning

Baca juga


Nasib artis, dah 2 bulan Nam Ron jual pulut kuning

Nadia Azam


Dua bulan sejak menjual pulut kuning, pendapatan yang diperoleh menerusi ‘kerjaya ’ terbaru Nam Ron ternyata mampu digunakan untuk kelangsungan kehidupannya sekeluarga.

Kata beliau yang merupakan pengarah dan juga pelakon itu, idea untuk menjana pendapatan sampingan itu muncul selepas tawaran berlakon semakin berkurangan.

"Dengan berniaga pulut kuning, hasilnya dapat saya gunakan bayar bil letrik, rumah dan keperluan anak.
"Sejak tahun lepas, tawaran berlakon amat berkurangan kerana keadaan ekonomi tidak menentu.

"Dan saya berasa senang dapat menjual pulut kuning, Alhamdulillah," katanya.

Nam Ron ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) di PICC Putrajaya, baru-baru ini.

Pada malam itu, Nam Ron dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) ASK2016 menerusi filem Redha.

Kekecewaan Nam Ron membuatkan dia lebih selesa untuk tidak terlalu berharap pada satu-satunya mata pencarian rezeki.

Malah, terdahulu, Nam Ron atau nama asalnya Shahili Abdan yang meraikan ulang tahunnya hari ini sudah membiasakan diri memulangkan separuh daripada hasil berlakon melalui bengkel teater.

Pun begitu, katanya, kerana kurangnya mendapat tawaran berlakon, pembiayaan untuk kerja seni juga terbantut.

"Apabila tawaran kurang buat saya tidak dihargai.

"Sebelum ini duit dari berlakon filem dan drama disuntik untuk melatih bakat baru," katanya.

Pulut kuning Nam Ron bukan pulut kuning biasa, tapi hidangan yang dimasak dengan rasa ikhlas.

Perniagaan pulut kuning dengan rendang ayam dan daging itu turut diusahakan oleh isterinya, Junainah.

Sementara itu, menceritakan kejayaan Redha, Nam Ron menyatakan dia tidak menjangkakan kemenangan.
"Saya berasakan Sam (Shaheizy Sam) akan menang tapi sebaliknya rezeki milik saya, Alhamdulillah.

"Untuk jadi pelakon terbaik perlu bekerja dengan pengarah dan produksi terbaik. Tunku Mona dan Redha adalah antaranya.

"Ini benda saya percaya dan pegang," katanya yang bakal menerbitkan filem One Two Jaga tahun depan.




Demikianlah Artikel Nasib artis, dah 2 bulan Nam Ron jual pulut kuning

Sekianlah artikel Nasib artis, dah 2 bulan Nam Ron jual pulut kuning kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasib artis, dah 2 bulan Nam Ron jual pulut kuning dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/nasib-artis-dah-2-bulan-nam-ron-jual.html

Subscribe to receive free email updates: