Judul : Exco PAS perlu dipecat atau berundur jika ada harga diri
link : Exco PAS perlu dipecat atau berundur jika ada harga diri
Exco PAS perlu dipecat atau berundur jika ada harga diri
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali patut keluarkan 3 exco PAS atau mereka meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama untuk memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR, kata seorang pakar undang-undang perlembagaan.
Prof Abdul Aziz Bari berkata dalam model Westminster, yang menjadi struktur kepada sistem politik Malaysia, wakil rakyat harus keluar apabila badan tertinggi parti atau kepimpinan tertinggi membuat pendirian.
“Ketua eksekutif, sama ada perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri, boleh keluarkan anggota kabinet mereka,” katanya.
Aziz berkata demikian menjawab kenyataan Azmin semalam, yang mengatakan tiada rombakan dalam barisan kepimpinan negeri kerana pengundi pada pilihan raya lepas memilih PAS, serta DAP dan PKR untuk bersama membentuk kerajaan negeri.
Exco Datuk Iskandar Abdul Samad juga berkata mereka akan kekal dalam kerajaan Selangor sementara menunggu keputusan kepimpinan tertinggi parti.
Petang tadi Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS dan PKR terbatal. Majlis itu menyerahkan persoalan sama ada 3 exco mereka perlu berundur dari kerajaan Selangor kepada Jawatankuasa Kerja Pusat PAS.
Majlis itu berkata sebarang tindakan perlu dilakukan dengan merujuk kepada “maslahat” dan “kepentingan Islam dan rakyat”.
Majlis itu berkata sebarang tindakan perlu dilakukan dengan merujuk kepada “maslahat” dan “kepentingan Islam dan rakyat”.
Aziz berkata PAS perlu mengambil pendirian berprinsip, seperti yang dilakukan bekas presiden mereka Tan Sri Mohd Asri Muda pada 1977.
Pada ketika itu, Menteri Besar Kelantan Mohamad Nasir dari PAS, yang cenderung ke arah Umno, hilang undi tidak percaya dalam dewan undangan negeri tetapi enggan meletak jawatan.
Akibatnya, Aziz berkata Kuala Lumpur mengisytiharkan kecemasan untuk meletakkan negeri itu di bawah kerajaan persekutuan.
PAS menyertai Barisan Nasional pada 1973 dan Asri menjadi menteri persekutuan.
“Tetapi Asri meletak jawatan dari kabinet sebagai membantah apa yang berlaku di Kota Bharu,” kata Aziz. Begitu juga anggota kabinet dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan atau dikeluarkan kerana tidak seiring dengan perdana menteri.
“Jadi, tiada cara lain exco PAS boleh kekal dalam pentadbiran Selangor selepas keputusan muktamar, yang secara sah merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam sesebuah parti politik.”
Aziz berkata dari sudut perundangan, keputusan Majlis Syura Ulama hari ini bersifat menasihat dan tidak mempunyai kesan perundangan.
Sekiranya PAS mengeluarkan dirinya dari kerajaan Selangor, semua wakil yang dilantik di peringkat kerajaan tempatan dan jawatankuasa masjid juga akan terkesan.]
Dewan Negeri Selangor mempunyai 14 wakil rakyat DAP, 13 PKR, 13 PAS, 11 Umno, 2 Amanah dan 2 Bebas. Kerusi DUN Sungai Ayer Tawar dikosongkan susulan kematian wakil rakyat BN.
Ini bermakna kerajaan negeri pakatan pembangkang menguasai sejumlah 29 daripada 56 kerusi dewan, tanpa sokongan PAS.
Komen al-Husseyn :
Saya sangat setuju dengan pandangan Prof Abdul Aziz Bari supaya 3 exco PAS yang masih berada dalam kerajaan Selangor meletak jawatan segera setelah Majlis Syura Ulama Pas memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR.
Keberadaan Pas dalam kerajaan Selangor adalah atas alasan tahaluf siyasi dengan PKR. Maka setelah Pas memutuskan tahaluf siyasi tersebut, sudah tentulah tidak ada alasan lagi untuk Pas terus bersama dalam kerajaan Selangor.
Tiga exco Pas itu patut mengundurkan diri jika mereka benar-benar ada prinsip dan harga diri.
Azmin Ali selaku MB yang mempunyai kuasa untuk memecat mereka mestilah mengambil tindakan yang tegas dalam perkara ini.
PKR dilihat begitu dayus sekali bila hanya mampu sekadar membuat kenyataan menolak tohmahan terhadap tuduhan Pas bahawa PKR telah mengkhianati tahaluf siyasi mereka.
Kenapa PKR tidak berani bertindak dengan lebih setimpal dengan kuasa yang ada?
PKR sepatutnya meminta 3 exco itu menarik diri dengan cara terhormat. Berikan mereka tempoh masa tertentu - sebulan untuk berbuat demikian. Jika masih berdegil dan masih engkar, pecatlah!
Nampaknya Khalid Ibrahim lebih bersifat lelaki dari abang Azuan Ali amboi-amboi ini bila suatu ketika dulu telah memecat serta-merta kesemua Exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya.

Demikianlah Artikel Exco PAS perlu dipecat atau berundur jika ada harga diri
Sekianlah artikel Exco PAS perlu dipecat atau berundur jika ada harga diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Exco PAS perlu dipecat atau berundur jika ada harga diri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/exco-pas-perlu-dipecat-atau-berundur.html