Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih???

Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih??? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih???, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih???
link : Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih???

Baca juga


Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih???


LETIH?.. Amboi.. dulu masa sebelum jadi Ahli Parlimen semasa sibuk berkempen dalam masa dua minggu tak dengar pula ada calon Ahli Parlimen merungut pasal letih ni..

Masa kempen, habis program pukul 2.00 pagi, tidur sekejap, kemudian sambung pula program semasa subuh dan berterusan hingga ke awal pagi tak letih pun..

Sekarang bila dah menang, tidur pukul 1.00 pagi pun dah berbunyi kata LETIH??

Hmmm...

KUALA LUMPUR: Kekurangan kehadiran Ahli Parlimen kerajaan akibat keletihan hampir menggagalkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Selasa. 
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul menegaskan, kekangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang terikat dengan beberapa program turut menyumbang ketidakhadiran ke Dewan Rakyat. 
“Kalau kamu lihat dalam sesi bajet ini kita balik lewat, selalunya 10.30 malam dan semasa sampai di rumah pukul 12 malam. 
"Kemudian mandi dan tidur pukul 1 pagi kemudian lewat bangun pagi untuk sesi pagi kerana kepenatan. 
“Kita kena bincang dengan Yang DiPertua Dewan Rakyat supaya melihat balik bagaimana Ahli Parlimen boleh mendapat masa berkualiti kerana sekarang agak keletihan dan tidak produktif. 
“Mereka juga dihimpit dengan banyak program dan tempat lain yang perlu diberi fokus juga. Memang kita ada jadual tugas tetapi ada yang ikut dan ada yang tidak,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat di sini, pada Rabu. 
Pada Selasa, sidang Dewan Rakyat tegang ketika sesi undian belah bahagi dilakukan bagi meluluskan RUU berkenaan berikutan masalah korum. 
Pihak kerajaan bagaimanapun berjaya meluluskan RUU itu selepas menang tipis dengan empat undian, apabila Speaker, Tan Sri Mohamad Arif Md Yusof, mengumumkan seramai 32 orang bersetuju berbanding 28 yang tidak setuju. 
Pembangkang juga gagal meminta undian belah bahagi dibuat kali kedua dengan keputusan kekal berpihak pada kerajaan apabila 45 wakil rakyat bersetuju untuk RUU itu diluluskan, berbanding 28 tidak bersetuju. 
RUU membabitkan kementerian itu digulung oleh Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh. 
Laporan penuh sila baca di SINI

Dulu berebut-rebut sangat nak jadi Ahli Parlimen, sekarang bila dah dapat lain pulak ceritanya.. Kalau tak nak letih.. letak jawatan sajalah... ramai lagi yang berminat rasanya..


Demikianlah Artikel Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih???

Sekianlah artikel Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih??? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih??? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/11/kehadiran-kurang-kerana-ahli-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :