Pelik, Parti Serpihan Pembangkang, PAS Minta Nak Jadi Ketua

Pelik, Parti Serpihan Pembangkang, PAS Minta Nak Jadi Ketua - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelik, Parti Serpihan Pembangkang, PAS Minta Nak Jadi Ketua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelik, Parti Serpihan Pembangkang, PAS Minta Nak Jadi Ketua
link : Pelik, Parti Serpihan Pembangkang, PAS Minta Nak Jadi Ketua

Baca juga


Pelik, Parti Serpihan Pembangkang, PAS Minta Nak Jadi Ketua

PAS jadi pengemudi utama sekiranya hendak kerjasama, kata Hadi

PETALING JAYA: PAS mahu jadi pengemudi utama sekiranya parti-parti lain hendak bekerjasama dengannya, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah, kata Hadi, parti Islam itu tiada masalah untuk bergerak tanpa sokongan parti lain.

“Pucuk pangkalnya ialah pihak yang mahu bekerjasama itu hendaklah faham dengan jelas bahawa PAS adalah pengemudi utama. Kami tiada masalah bergerak sendirian, bukan sekadar mahu memenangi PRU semata-mata,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selesai menghadiri suatu ceramah di Jejawi, Perlis semalam.


Katanya PAS bersedia membuka pintu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, tetapi hanya kepada parti yang sealiran dengan matlamat perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.

PAS kini dalam satu pakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR.

“PAS tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami…. tapi jangan pula lepas itu dia ‘curi’ dalam rumah kami,” kata Hadi, dipercayai merujuk kepada perbuatan khianat.

PAS sebelum ini mendakwa DAP memungkiri perjanjian kerjasama antara kedua parti semasa dalam Pakatan Rakyat.

DAP kini dalam satu pakatan bersama PKR dan Amanah, yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang dikecewakan dalam pemilihan parti Islam itu yang lalu.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menjelaskan partinya mengutamakan pihak yang boleh menerima Islam tanpa berbelah-bahagi serta menerima usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah). -FMT

ULASAN GB

Laporan di atas memang pelik. Parti pembangkang kini sudah bergabung di dalam Pakatan Harapan dan PPBM (Bersatu) juga kini bersama PH bersatu untuk menumbangkan UMNO BN.

Alih-alih parti serpihan pembangkang, PAS namanya, tiba-tiba nak jadi ketua.

Aneh, pelik malah melucukan, tak begitu?

Kalau macam tu lebih baik mereka memohon menyertai Barisan Nasional, kemudian kata PAS nak jadi ketua.

Kalau dah membentuk sebuah parti di dalam sistem dan kerangka demokrasi, kenalah ikut suara majoriti.

Begitu juga pilihanraya. Manakan boleh kita memaksa orang lain memilih kita sebagai ketua atau pemimpin sedangkan majoriti rakyat belum dapat kita yakinkan bahawa kita layak untuk menjadi ketua? Hanya orang tidak siuman sahaja akan bertindak untuk meminta jadi ketua sedangkan majoriti menolak.

Sedangkan dalam solat pun, solat tak diterima jika imam itu tidak diredhai oleh makmumnya.

Berdasarkan hadith Abu Umamahra, bahwa Rasulullah saw bersabda: “Ada tiga jenis orang yang solatnya hanya sampai ke batas telinganya saja: Hamba sahaya (yang minggat) hingga ia pulang. Wanita yang tidur sementara suaminya dalam keadaan marah kepadanya. Imam solat yang dibenci oleh jamaahnya.” -Sanad sahih.

Kalau dah macam tu, tergila-gila nak jadi ketua, lebih baik PAS memohon menyertai Barisan Nasional, kemudian kata PAS nak jadi ketua. Agakanya apa kata UMNO dan sekalian komponen BN?







FEATURED ADS




Demikianlah Artikel Pelik, Parti Serpihan Pembangkang, PAS Minta Nak Jadi Ketua

Sekianlah artikel Pelik, Parti Serpihan Pembangkang, PAS Minta Nak Jadi Ketua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelik, Parti Serpihan Pembangkang, PAS Minta Nak Jadi Ketua dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/pelik-parti-serpihan-pembangkang-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :