Selepas Hj. Hadi, Tuan Ibrahim Pula Dakwa PAS Ditawar Sertai Kerajaan..

Selepas Hj. Hadi, Tuan Ibrahim Pula Dakwa PAS Ditawar Sertai Kerajaan.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas Hj. Hadi, Tuan Ibrahim Pula Dakwa PAS Ditawar Sertai Kerajaan.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas Hj. Hadi, Tuan Ibrahim Pula Dakwa PAS Ditawar Sertai Kerajaan..
link : Selepas Hj. Hadi, Tuan Ibrahim Pula Dakwa PAS Ditawar Sertai Kerajaan..

Baca juga


Selepas Hj. Hadi, Tuan Ibrahim Pula Dakwa PAS Ditawar Sertai Kerajaan..

KUALA LUMPUR: Selepas dua hari Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada pihak menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan, timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengesahkan beberapa pihak menghubungi dan menemuinya bagi tujuan sama.

Tuan Ibrahim berkata tawaran disampaikan wakil kerajaan yang bertemu dengan beliau sendiri.

"Pertama saya sahkan apa yang dinyatakan oleh presiden, bahkan mereka (wakil Kerajaan Perpaduan) juga bertemu dengan saya menyampaikan tawaran itu.

"Namun kami nyatakan pendirian kekal bersama Perikatan Nasional (PN) sebagaimana janji semasa kempen, dan kami tidak akan berbohong dengan pengundi," katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas tawaran diterima PAS bagi menyertai Kerajaan Perpaduan sepertimana dinyatakan Abdul Hadi.

Sabtu lalu, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN mendakwa, tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.

"Ada orang hubungi saya, beberapa orang ajak berjumpa dengan tawaran-tawaran supaya PAS menyertai kerajaan kerana jumlah PAS paling besar iaitu 43 kerusi.

"PKR 30 sahaja, dalam keadaan itu 19 kerusi PKR Melayu, DAP tiga orang Melayu, kerajaan didominasi oleh bukan Melayu," kata Ahli Parlimen Marang itu.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau melihat tawaran itu hadir kerana data mengesahkan sokongan pengundi Melayu kepada PN jauh mengatasi PH.

"Itupun dalam situasi rakyat ditipu dengan janji BN tidak akan bersama Anwar dan DAP, demikian juga janji PH tidak akan bersama BN.

"Bahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kalau harapkan untuk melihat gabungan dengan BN , sila cari presiden lain dari beliau. Ini kenyataan semasa kempen," katanya - BH


Demikianlah Artikel Selepas Hj. Hadi, Tuan Ibrahim Pula Dakwa PAS Ditawar Sertai Kerajaan..

Sekianlah artikel Selepas Hj. Hadi, Tuan Ibrahim Pula Dakwa PAS Ditawar Sertai Kerajaan.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas Hj. Hadi, Tuan Ibrahim Pula Dakwa PAS Ditawar Sertai Kerajaan.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/selepas-hj-hadi-tuan-ibrahim-pula-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :