Sokong DAP Atau Hilang Kuasa, UMNO Diberitahu

Sokong DAP Atau Hilang Kuasa, UMNO Diberitahu - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sokong DAP Atau Hilang Kuasa, UMNO Diberitahu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sokong DAP Atau Hilang Kuasa, UMNO Diberitahu
link : Sokong DAP Atau Hilang Kuasa, UMNO Diberitahu

Baca juga


Sokong DAP Atau Hilang Kuasa, UMNO Diberitahu

PETALING JAYA: Umno perlu menyokong calon DAP pada PRN akan datang atau berdepan risiko menjadi pembangkang, kata seorang penganalisis.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir berkata, pemimpin dan ahli Umno perlu pragmatik serta realistik dengan kedudukan parti mereka yang menganggotai kerajaan perpaduan.

“Tiada jalan lain. Jika kamu berada dalam kerajaan perpaduan, maka kamu perlu sokong mana-mana parti (yang) menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

“(Jika) mereka tidak sokong DAP, Perikatan Nasional menang, (maka) siapa yang akan kalah? Adakah mereka (Umno) mahu menjadi pembangkang?” katanya.

Beliau mengulas amaran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil berhubung sokongan terhadap parti itu akan terhakis, jika terus meminta ahli menyokong calon DAP dalam PRN.

“Puji melambung DAP tu tak payahlah, nanti penyokong kita kecil hati, jadi masalah kepada kita. Hentikan suruh orang kita undi DAP,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook pada 25 Mei lalu.

Minggu lalu, Ahli MKT Umno, Ahmad Maslan dilaporkan berkata, ahli parti harus melihat calon DAP pada PRN akan datang sebagai mewakili kerajaan perpaduan, bukannya parti itu sendiri.

Tetapi, Khamis lalu, Ahmad menggesa semua polemik menyelubungi kenyataan kontroversinya itu dihentikan dan menjelaskan ahli Umno tidak perlu mengundi DAP memandangkan logo mereka tiada dalam undi kerana ia adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

Jeniri berkata, jika Umno dan DAP mahu kekal relevan, maka ahli mereka perlu menyokong satu sama lain.

“Siapa lagi yang mereka boleh sokong? Mereka tidak boleh menyokong Bersatu atau PAS,” katanya.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara senada dengan Isham, tetapi menegaskan kewujudan Umno bergantung kepada kerajaan perpaduan yang terus berkuasa.

Beliau berkata, perkara itu perlu ditangani dengan teliti kerana Umno dan DAP berseteru sejak sekian lama.

“Kalau kita nak pujuk ahli Umno mengundi kerajaan perpaduan, mereka (pemimpin Umno) tak boleh cakap terus mereka (ahli) perlu undi DAP, tidak boleh buat begitu. Ia lurus sangat,” katanya sambil menambah ia mesti dilakukan “secara tersirat”.

“Satu-satunya cara ialah menjelaskan (kepada mereka) kepentingan kerajaan perpaduan dan Umno bergantung kepadanya untuk kekal dalam politik.”

Azmi berkata, pemimpin Umno perlu menekankan kepada ahlinya kepentingan kerajaan perpaduan kerana ia mewakili semua lapisan masyarakat dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Itulah caranya, bukan memuji DAP untuk memujuk ahli Umno mengundi DAP, ia tidak akan berjaya. Strategi lebih baik ialah menunjukkan Umno sanggup menentang DAP demi menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam.” - FMT


Demikianlah Artikel Sokong DAP Atau Hilang Kuasa, UMNO Diberitahu

Sekianlah artikel Sokong DAP Atau Hilang Kuasa, UMNO Diberitahu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sokong DAP Atau Hilang Kuasa, UMNO Diberitahu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/sokong-dap-atau-hilang-kuasa-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :