Presiden Parti Dalang 'Kad Kebal' PATI ?? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Presiden Parti Dalang 'Kad Kebal' PATI ??, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Presiden Parti Dalang 'Kad Kebal' PATI ??link :
Presiden Parti Dalang 'Kad Kebal' PATI ??
Presiden Parti Dalang 'Kad Kebal' PATI ??

Kuala Lumpur: Presiden sebuah parti politik dikesan menjadi dalang sindiket penipuan 'kad kebal' kepada warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen.
Penggunaan kad kebal itu dibongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor menahan dua suspek di Subang Jaya, 22 Jun lalu.
Kad perlindungan itu dijual dengan harga RM400 sehingga RM1,000 kepada mana-mana warga asing.
Sindiket yang beroperasi sejak awal tahun itu akan mengeluarkan kad yang mempunyai kod QR, maklumat dan data serta borang permohonan kewarganegaraan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, individu yang ditahan ialah Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Mohd Arshad Abdul Mualap, 48, dan seorang lagi individu Mohamad Amkah Ahmad, 46.
"Sindiket menjanjikan kepada mangsa bahawa pemilik kad akan menerima kelebihan seperti pendidikan dan perubatan sama seperti warganegara ini.
"Kedua-dua suspek ini sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Hamzah berkata, orang ramai terutama warga asing diingatkan hanya terdapat empat kad pengenalan yang sah dikeluarkan di negara ini.
"Untuk menjadi penduduk di negara ini kita ada empat kad pengenalan. Pertama, kad pengenalan berwarna yang diberikan kepada warganegara Malaysia.
"Yang kedua ialah kad pengenalan berwarna merah diberikan kepada penduduk tetap, ketiga kad pengenalan berwarna hijau ialah pemaustutin sementara berstatus bukan warganegara dan keempat adalah kad pengenalan berwarna coklat," katanya lapor
MyMetro
Demikianlah Artikel Presiden Parti Dalang 'Kad Kebal' PATI ??
Sekianlah artikel Presiden Parti Dalang 'Kad Kebal' PATI ?? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Presiden Parti Dalang 'Kad Kebal' PATI ?? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/07/presiden-parti-dalang-kad-kebal-pati.html