Judul : Minta gaji tinggi RM6,500 antara sebab graduan baharu terus menganggur
link : Minta gaji tinggi RM6,500 antara sebab graduan baharu terus menganggur
Minta gaji tinggi RM6,500 antara sebab graduan baharu terus menganggur
Gambar hiasan M. Sairul
Permintaan gaji yang tidak realistik seperti meminta dibayar gaji sebanyak RM6,500 apabila memohon pekerjaan pertama ialah sebab utama graduan baharu tidak diambil bekerja, menurut kaji selidik oleh Jobstreet.com bulan lepas.
Ketua Komunikasi Wilayah jobsDB.com, Simon Si berkata, dalam kaji selidik itu, majikan ditanya mengapa sukar bagi graduan baharu diambil bekerja dan 68 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka meminta gaji yang tidak realistik.
“Kira-kira 30 peratus daripada graduan baharu meminta gaji sehingga RM6,500 sebulan untuk hidup selesa.
“Ada lima sebab utama mengapa graduan baharu tidak diambil bekerja. Pertama, ialah mereka meminta gaji yang tidak realistik, lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, terlalu memilih kerja atau syarikat, kelemahan kemahiran komunikasi dan perwatakan, sikap dan personaliti,” katanya.
Si berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Panduan Gaji Graduan Baharu JobStreet.com 2016/2017 yang pertama di Universiti Multimedia (MMU) di sini pada Khamis.
Beliau berkata, fakitor-faktor yang mendorong graduan baharu meminta gaji yang tidak realistik ialah bantuan kewangan daripada ibu bapa mendedahkan mereka kepada gaya hidup mewah semasa kehidupan sebagai pelajar dan ibu bapa tidak lagi memberi bantuan apabila mereka mula bekerja.
“Sesetengah daripada pelajar sekarang sudahpun memiliki kereta sendiri sebelum mula bekerja. Satu lagi sebab ialah kos sara hidup yang tinggi,” kata beliau.
Mengenai panduan gaji bagi graduan baharu yang dilancarkan hari ini, beliau berkata ia bertujuan memberi petunjuk mengenai purata gaji yang ditawarkan oleh syarikat untuk membantu graduan memahami pasaran kerja dengan lebih baik.
“Panduan ini sangat berguna untuk majikan serta graduan baharu. Gaji sebenar untuk pelbagai jawatan, adalah berbeza berdasarkan faktor seperti permintaan dan penawaran di pasaran, gred akademik, pampasan dan faedah polisi syarikat-syarikat yang mengambil pekerja,” katanya.
Demikianlah Artikel Minta gaji tinggi RM6,500 antara sebab graduan baharu terus menganggur
Sekianlah artikel Minta gaji tinggi RM6,500 antara sebab graduan baharu terus menganggur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Minta gaji tinggi RM6,500 antara sebab graduan baharu terus menganggur dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/12/minta-gaji-tinggi-rm6500-antara-sebab.html