Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan

Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan
link : Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan

Baca juga


Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan

MALAYSIAKINI



Pihak pendakwa Singapura hari ini memfailkan 16 pertuduhan terhadap pengurus bank Switzerland, Falcon Private Bank AG, cawangan republik itu.

Ia sebahagian daripada siasatan yang sedang berlangsung berkaitan dakwaan skandal 1MDB, lapor Reuters.

Bank itu yang kedua diarahkan ditutup di Singapura selepas BSI Bank Ltd tahun lepas.

Singapura dilihat mahu mengekalkan reputasi sebagai pusat kewangan bersih selepas turut dikaitkan dengan isu berkaitan 1MDB.

1MDB disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negeri, termasuk Switzerland sendiri dan Amerika Syarikat.

Datuk Seri Najib Razak menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.

Pendakwaan Singapura hari ini memfailkan 10 pertuduhan memberikan maklumat palsu, lima pertuduhan gagal mendedahkan maklumat meragukan dan satu pertuduhan gagal memaklumkan transaksi meragukan.

Warganegara Switzerland Tan Hee Joek yang ditangkap Oktober lalu mungkin membuat pengakuan bersalah, kata peguamnya daripada tetuan Tan See Swan & Co kepada mahkamah.

Bagaimanapun tidak jelas pengakuan bersalah akan dibuat terhadap pertuduhan yang mana. Pendengaran kes ditetapkan apda 11 Januari.

Tahun lepas tiga bekas pekerja BSI dipenjarakan. Ia juga menyaksikan rampasan aset dan penutupan beberapa bank – tindakan paling keras terhadap pengubahan wang haram di negara itu.

Republik itu menggelar kes berkaitan 1MDB sebagai paling rumit, canggih dan kes terbesar pengubahan wang haram yang pernah ditanganinya.



Demikianlah Artikel Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan

Sekianlah artikel Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/kes-berkaitan-1mdb-pengurus-bank.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :