Masjid juga dibina atas tanah tugu banjir, jelas Pemuda Pas Kelantan

Masjid juga dibina atas tanah tugu banjir, jelas Pemuda Pas Kelantan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masjid juga dibina atas tanah tugu banjir, jelas Pemuda Pas Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masjid juga dibina atas tanah tugu banjir, jelas Pemuda Pas Kelantan
link : Masjid juga dibina atas tanah tugu banjir, jelas Pemuda Pas Kelantan

Baca juga


Masjid juga dibina atas tanah tugu banjir, jelas Pemuda Pas Kelantan

ZIKRI ABDULLAH
 
 
Masjid Al Jauhar, Kuala Krai.Masjid Al Jauhar, Kuala Krai. 

Isu wang Yayasan Tok Kenali (YTK) yang digunakan untuk membayar tanah tapak tugu banjir semakin menarik apabila Pemuda Pas Kelantan mengakui tugu berkenaan didirikan di 'bucu hujung lidah' tanah milik seorang Cina seluas 1.1 ekar.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Nazman bin Che Iberahim dalam kenyataannya hari ini mengakui Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) membayar RM300,000 yang didakwanya lebih murah dari harga pasaran untuk tanah tugu itu didirikan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, tanah tersebut bukan untuk tugu itu sahaja kerana di atas tanah itu juga terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid al-Jauhar.

Nazman kesal dengan kenyataan Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa semalam yang disifatkan mengandungi maklumat pramatang dan seakan-akan tidak membuat "homework".

"Tugu banjir bukan isu pokok, Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) lah hero sebenar dalam hal tanah ini.

"Datuk (Husam) cuba untuk menggambarkan kononnya tanah yang sempit sekangkang kera itu, yang didirikan tugu banjir oleh NGO, sebagai satu tanah yang bernilai RM300,000.

"Sedangkan keluasan sebenar tanah tersebut adalah 1.1 ekar dan ia adalah tapak bagi Masjid Al Jauhar yang telah berada lebih puluhan tahun di sana," katanya.

Menurutnya, masjid yang digunakan sekian lama oleh sebahagian penduduk Guchil, menjadi persinggahan puluhan ribu anak perantau setiap tahun, menjadi pusat sehenti program masyarakat setempat, adalah sebenarnya milik individu seorang Cina.

"Maka dengan segala kebijaksanaan kerajaan negeri, tanah seluas 1.1 ekar ini, yang berada di segitiga emas Kuala Krai, yang jika dinilai secara profesional, ia mungkin akan mencecah harga pasaran sehingga RM1 juta, telah berjaya diselamatkan atas nama Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) dengan harga lebih murah dari harga pasaran," katanya.

Katanya lagi, menyelamatkan tanah Masjid Jauhar seluas 1.1 ekar adalah satu kerja mulia yang sudah berjaya dimainkan oleh YTK.

"Dan adakah NGO membina sebuah tugu bagi memperingati Bah Kuning 2014, Bah Merah 1927, Bah Besar 1967 dan lain lain sejarah, dengan menggunakan wang mereka sendiri, di bucu hujung lidah tanah 1.1 ekar ini menjadi satu dosa," soalnya.



Demikianlah Artikel Masjid juga dibina atas tanah tugu banjir, jelas Pemuda Pas Kelantan

Sekianlah artikel Masjid juga dibina atas tanah tugu banjir, jelas Pemuda Pas Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masjid juga dibina atas tanah tugu banjir, jelas Pemuda Pas Kelantan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/masjid-juga-dibina-atas-tanah-tugu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :