Undi Cina didakwa beralih sokong Pas, DAP 'parti U-Turn'

Undi Cina didakwa beralih sokong Pas, DAP 'parti U-Turn' - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Undi Cina didakwa beralih sokong Pas, DAP 'parti U-Turn', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Undi Cina didakwa beralih sokong Pas, DAP 'parti U-Turn'
link : Undi Cina didakwa beralih sokong Pas, DAP 'parti U-Turn'

Baca juga


Undi Cina didakwa beralih sokong Pas, DAP 'parti U-Turn'

 ARIF ATAN
 
 
Pas yakin masyarakat Cina akan mengundi parti itu.Pas yakin masyarakat Cina akan mengundi parti itu.

Pas yakin masyarakat Cina kini beralih menyokong parti itu sehingga mendorong pemimpin DAP menghulurkan salam perdamaian.

Muka depan keluaran terbaru akhbar rasmi parti itu, Harakah memaparkan poster penuh ucapan Selamat Tahun Baru Cina berserta ungkapan, "Kaum Cina menyokong Pas memperjuangkan negara yang aman dan makmur" dengan di atasnya terpampang logo parti itu.

Semakan Malaysia Dateline juga mendapati nada sama disampaikan melalui laporan bergambar, "Pas tetap di hati non Muslim" di halaman N21 merujuk kepada agihan buah limau mandarin kepada masyarakat Cina oleh enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas di Selangor.

Pemimpin yang terlibat Adun Chempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad; Adun Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz; Adun Sabak, Ustaz Sallehen Mokhyi; Adun Serdang, Noor Hanim Ismail serta Adun Bangi, Shafie Ngah.
Selang dua halaman selepas itu, tertera berita, "Pas semakin diterima kaum Tionghoa" yang merupakan reaksi pemimpin Dewan Pemuda Pas, Mohammad Ibrahim dengan menggelarkan DAP sebagai 'DAP U-Turn'.
"Kini DAP U-Turn mengharapkan sokongan Pas. Jadi kaum Cina sudah faham dan dapat lihat sikap DAP ini," ujarnya seperti dipetik.

Sambutan masyarakat Cina kepada Pas dapat diukur daripada program agihan limau mandarin sempena Tahun Baru Cina.Sambutan masyarakat Cina kepada Pas dapat diukur daripada program agihan limau mandarin sempena Tahun Baru Cina.
Sementara itu, dalam halaman sama di N23 memuatkan berita, "Pas ajak Melayu, Cina dan India buat perubahan PRU14" merujuk kepada seruan presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bersama gambar dengan kapsyen, "Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi tersenyum menyambut salam yang dihulurkan oleh peserta tarian singa", laporan itu memetik ucapan Abdul Hadi dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina 2017 dan Dialog Bersama Presiden Pas di Kampung Batu Lima, Dungun pada 20 Januari lalu.

Di muka belakang, Harakah dengan tajuk "Undi Cina beralih" menyifatkan segala tembelang DAP dan parti lain terdedah akhir-akhir ini sehingga mendorong kaum Cina memberi undi kepada Pas.



Demikianlah Artikel Undi Cina didakwa beralih sokong Pas, DAP 'parti U-Turn'

Sekianlah artikel Undi Cina didakwa beralih sokong Pas, DAP 'parti U-Turn' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Undi Cina didakwa beralih sokong Pas, DAP 'parti U-Turn' dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/undi-cina-didakwa-beralih-sokong-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :