PAS sifatkan pelantikan Saifuddin sebagai 'dedak'

PAS sifatkan pelantikan Saifuddin sebagai 'dedak' - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS sifatkan pelantikan Saifuddin sebagai 'dedak', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS sifatkan pelantikan Saifuddin sebagai 'dedak'
link : PAS sifatkan pelantikan Saifuddin sebagai 'dedak'

Baca juga


PAS sifatkan pelantikan Saifuddin sebagai 'dedak'

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Lidah rasmi PAS, Harakah Daily menyifatkan pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution ke jawatan Penasihat Strategik kerajaan Pulau Pinang, sebagai 'dedak'. 
 
"Pelantikan itu hanyalah 'dedak' supaya individu atau parti yang dilantik akan terikat.
 
"Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya," menurut komen yang diterbitkan portal itu menerusi ruangan editorial, semalam.
 
Menurut komen itu lagi, pelantikan Saifuddin adalah sebahagian usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan PAS.
 
Menurutnya, pelantikan 'orang penting PKR' dalam pentadbiran DAP itu berlaku ketika PKR masih menunjukkan 'sayang dan rindu' kepada PAS, yang ketika ini masih meneruskan tahaluf siyasi. 
 
"Kebimbangan itulah mendesak DAP membuat tindakan 'strategik' mengikat Saifuddin yang baharu sahaja sebelum ini dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR.
 
"Secara halusnya, Saifuddin akan menjadi sekurang-kurangnya sebagai 'penimbang tara' terhadap kepentingan DAP di dalam keputusan PKR dan mengukuh dalam gabungan PH-PPBM," menurut penulisan itu.
 
Ia merujuk kepada perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditandantangani bulan lalu.
 
Pelantikan Saifuddin menerima sokongan Biro Politik PKR Pusat. Saifuddin memulakan tugasnya dari pejabat pentadbiran negeri di Komtar, di tingkat sama pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng.
 
PAS sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan PH disebabkan keanggotaan DAP dan Amanah dalam gabungan itu.
 
Parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bagaimanapun meneruskan tahaluf siyasi bersama PKR dan dalam masa yang sama membentuk blok baru bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menerusi Gagasan Sejahtera (GAGASAN).
 
 


Demikianlah Artikel PAS sifatkan pelantikan Saifuddin sebagai 'dedak'

Sekianlah artikel PAS sifatkan pelantikan Saifuddin sebagai 'dedak' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS sifatkan pelantikan Saifuddin sebagai 'dedak' dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/pas-sifatkan-pelantikan-saifuddin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :