Judul : Enam kes disyaki Rotavirus lepas kunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
link : Enam kes disyaki Rotavirus lepas kunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Enam kes disyaki Rotavirus lepas kunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
ANTARAPOS.COMBALING: Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ditutup buat sementara waktu ekoran enam kes disyaki Rotavirus dilaporkan.
Enam kes tersebut melibatkan tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan berusia dua hingga 11 tahun.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya mendapati kesemua kanak-kanak terbabit pernah mengunjungi pusat reakreasi itu pada 30 Januari lalu antara jam 1 hingga 4 pagi.
Keenam-enam mereka yang terdiri dari dua keluarga berlainan bangsa dimasukkan ke Hospital Kulim pada 1 hingga 3 Februari, dilaporkan dalam keadaan stabil.
Norhizan berkata, notifikasi berhubung kejadian disyaki jangkitan Rotavirus diterima daripada pihak hospital oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kulim.
Keputusan setakat ini mendapati dua kes adalah positif sementara empat lagi kes masih menunggu keputusan ujian berkenaan.
Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri sudah mengambil beberapa tindakan segera bagi membendung masalah itu.
Dalam masa sama, orang ramai yang mempunyai sejarah melawat Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dari tempoh 25 Januari hingga 3 Februari lalu diminta mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan jika mempunyai simptom sepetrti demam berterusan, muntah dan cirit-birit.
Demikianlah Artikel Enam kes disyaki Rotavirus lepas kunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Sekianlah artikel Enam kes disyaki Rotavirus lepas kunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Enam kes disyaki Rotavirus lepas kunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/enam-kes-disyaki-rotavirus-lepas.html