Polis pangkat sarjan didakwa terima suapan RM6500

Polis pangkat sarjan didakwa terima suapan RM6500 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis pangkat sarjan didakwa terima suapan RM6500, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis pangkat sarjan didakwa terima suapan RM6500
link : Polis pangkat sarjan didakwa terima suapan RM6500

Baca juga


Polis pangkat sarjan didakwa terima suapan RM6500

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,500, dua tahun lalu.
 
Tertuduh, Harjinder Singh Saudagar Singh, 53, yang bertugas sebagai Sarjan Pentadbiran Balai di Balai Polis Kota Tinggi bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.
 
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan RM4,000 daripada seorang penjual mercun sebagai dorongan melepaskan dua pekerjanya yang disyaki menjual mercun dan bunga api.
 
Menurut laporan Utusan Malaysia, perbuatan itu dilakukan di Balai Polis Kota Tinggi, kira-kira pukul 10 malam, 26 Jun 2015.
 
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa menerima rasuah RM2,500 daripada individu sama bagi tidak mengambil tindakan ke atas perniagaan menjual mercun dan bunga api milik lelaki itu.
 
Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di No 2, Jalan Kota Kecil, Kota Tinggi, kira-kira pukul 3.20 pagi, 17 Julai 2015 dan di sebuah restoran di Jalan Mangga 1, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, pukul 10.30 malam, 18 Julai 2015.
 
Mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam dibebaskan dengabln ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes. 




Demikianlah Artikel Polis pangkat sarjan didakwa terima suapan RM6500

Sekianlah artikel Polis pangkat sarjan didakwa terima suapan RM6500 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis pangkat sarjan didakwa terima suapan RM6500 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/polis-pangkat-sarjan-didakwa-terima.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :