Hanya penjenayah, tauke judi takut RUU355

Hanya penjenayah, tauke judi takut RUU355 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hanya penjenayah, tauke judi takut RUU355, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hanya penjenayah, tauke judi takut RUU355
link : Hanya penjenayah, tauke judi takut RUU355

Baca juga


Hanya penjenayah, tauke judi takut RUU355

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic

KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) berkata tiada sebab untuk rakyat Malaysia, termasuk orang bukan Islam takut kepada pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) (RUU 355).

Pengerusinya, N Balasubramaniam berkata orang bukan Islam tidak perlu takut kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama untuk penganut agama lain.

“Mereka yang takut ialah sama ada penjenayah atau tauke judi, takut kehilangan pelanggan beragama Islam,” katanya ketika berucap di Himpunan RUU355 di Pandang Merbok yang berlangsung hari ini.

Himpunan RUU355, yang menjadi himpunan politik pertama untuk 2017, dianjurkan PAS dan beberapa kumpulan Islam bagi menunjukkan sokongan terhadap RUU persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperkasakan Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah Islam.

Seorang lagi penceramah bukan Islam, Sivan juga memberi ucapan bernada sama, dengan berkata ia tidak berkaitan dengan “orang Kristian dan Hindu”.

“Kita tidak boleh menyekat hak orang Islam (untuk memperkasakan mahkamah syariah).

“(Orang bukan Islam) yang tidak menyokong usaha ini boleh datang berjumpa saya, dan saya akan terangkan RUU ini tidak akan mengganggu hidup mereka,” katanya yang mewakili Persatuan Penceramah Bukan Islam Barisan Nasional (BN).

Antara kritikan terhadap usaha PAS itu ialah ia akan turut memberi kesan kepada orang bukan Islam di negara ini.




Demikianlah Artikel Hanya penjenayah, tauke judi takut RUU355

Sekianlah artikel Hanya penjenayah, tauke judi takut RUU355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hanya penjenayah, tauke judi takut RUU355 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/hanya-penjenayah-tauke-judi-takut-ruu355.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :