Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah

Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah
link : Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah

Baca juga


Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah

Bernama ·


 

JITRA – Kewujudan kumpulan yang menentang Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355 hanya bertujuan membangkitkan kebencian masyarakat kepada sistem perundangan syariah di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Datuk Prof Mahamad Naser Disa berkata, ini kerana kumpulan penentang itu berpendirian bahawa tiada tempat untuk perundangan syariah di sebuah negara sekular seperti Malaysia.

“Kita perlu betulkan fahaman ini, kerana kita bukan negara sekular seperti yang disebut mereka, sebab dalam perlembagaan tegas mengatakan Islam adalah agama persekutuan dan dalam perlembagaan tiada istilah sekular.

“Sebab itu kita mesti jelaskan kepada masyarakat bahawa agama Islam agama bagi persekutuan dengan sebab itu undang-undang syariah perlu disuburkan malah telah lama wujud sebelum undang-undang Inggeris dibawa masuk sekitar 200 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi seorang panel Forum Penerangan RUU Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Program Tranformasi Pemikiran Islam Malaysia (TRAPI) peringkat negeri Kedah di Dewan Wawasan di sini, pada Selasa.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 bagi meminda Akta 355 di Dewan Rakyat pada 24 Nov tahun lepas.

Mahamad Naser berkata, kumpulan penentang itu juga ingin melihat berlakunya perkembangan pemikiran hak asasi manusia hingga mengatasi hukum-hakam beragama.

“Perkara yang dituntut mereka itu menyalahi hukum syarak seperti hak untuk murtad dan hak kebebasan beragama,” katanya.

Sehubungan itu, IKSIM akan terus mengadakan program penerangan dan penjelasan kepada masyarakat terutama guru-guru agama, wakil masyarakat dan penduduk mengenai rang undang-undang berkenaan.



Demikianlah Artikel Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah

Sekianlah artikel Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/kumpulan-anti-ruu355-mahu-bangkit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :