Judul : Minyak naik harga, makin ramai derma petrol untuk motosikal
link : Minyak naik harga, makin ramai derma petrol untuk motosikal
Minyak naik harga, makin ramai derma petrol untuk motosikal
DETIK DAILYKOTA BARU — Menderma petrol kepada penunggang motosikal, dianggap berpendapatan rendah, semakin membudaya dengan kenaikan harga bahan api.Terbaru 300 penunggang menerima petrol percuma di Bunut Payong di sini pagi tadi daripada kelab permotoran Alternative Riding Club (ARC).
Memperuntukkan RM1,000 hasil sumbangan ahli kelab, ia dilakukan demi mengurangkan beban masyarakat, lapor portal Harian Metro.
“Selain mahu meringankan beban pengguna, sumbangan ini antara lain mahu memperkenalkan kelab permotoran ini dalam usaha mendidik belia ke arah aktiviti positif,” kata pemimpin ARC Muhammad Ridzwan Hafizu Azahari.
Dengan kenaikan terbaru sebanyak 20 sen bulan ini, beberapa bahagian Umno seperti di Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur), Parit Buntar (Perak) dan Petaling Jaya Selatan (Selangor) turut menderma.
Pada 19 November lalu, pengasas produk kecantikan Dnars meraikan 2,000 pengguna motosikal dengan minyak percuma sempena sambutan hari jadinya.
Faziani Rohban dan suaminya Ahmad Shah Rizal Ibrahim membuat kerja amal itu di Tanah Merah, Kelantan.
Dua minggu sebelumnya, 1,000 penunggang motosikal menikmati derma petrol sumbangan pesara Pejabat Pelajaran Kuala Muda di Sungai Petani, Kedah.- themalaymailonline.com
Demikianlah Artikel Minyak naik harga, makin ramai derma petrol untuk motosikal
Sekianlah artikel Minyak naik harga, makin ramai derma petrol untuk motosikal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Minyak naik harga, makin ramai derma petrol untuk motosikal dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/minyak-naik-harga-makin-ramai-derma.html