Judul : Ben Nathan teringin nak pergi umrah
link : Ben Nathan teringin nak pergi umrah
Ben Nathan teringin nak pergi umrah
Meskipun masih menjalani rawatan, penyanyi era 1980-an Ben Nathan sudah memasang niat untuk menunaikan ibadah umrah di Makkah.
Walaupun masih terlalu awal bagi Ben membuat perancangan ketika ini, namun penyanyi Stanza Sepi Sekeping Hati itu berharap impiannya akan dimakbulkan satu hari nanti.
"Selepas merakam lagu baru di Jakarta, saya ingin mengerjakan umrah dan di samping itu merakam muzik video di tempat suci itu," katanya ketika ditemui di Wisma TV Angkasapuri, Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini rakaman klip video Ben atau nama Islamnya Ben Adam, 54 yang hidup sebagai gelandangan, menjadi tular di media sosial serta mendapat simpati masyarakat.
Susulan itu, Presiden Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) Datuk Dj Dave tampil membantu Ben untuk menghantarnya menjalani pemeriksaan kesihatan di wad psikiatrik Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
Selepas menjalani sesi rawatan sejak 3 Februari lalu, penampilan Ben kini berubah dan kelihatan semakin terurus.
Berkongsi pengalaman sebagai pesakit di HKL, Ben berkata dia berpuas hati dengan layanan diberikan pihak hospital.
"Semua peraturan ditetapkan di hospital diikuti, selain itu saya berpeluang menghiburkan pesakit lain dengan nyanyian.
"Makanan di sana sedap, cuma saya tidak dibenarkan mengambil garam dan gula berlebihan kerana boleh menjejaskan kesihatan," katanya.
80 peratus pulih
Sementara itu, Dj Dave turut berkongsi kegembiraan melihat tahap kesihatan Ben yang beransur pulih.
Katanya, Ben memerlukan sedikit masa untuk menjalani kehidupan normal kerana sudah 20 tahun menjadi gelandangan.
"Kesihatan Ben kini 80 peratus pulih, dia perlu menjalani rawatan hingga dibenarkan keluar (hospital).
"Mungkin perlu dua hingga tiga bulan lagi untuk Ben kembali seperti biasa," katanya.
Mengenai konsert amal bagi mengutip dana untuk membantu Ben meneruskan kelangsungan hidup, DJ Dave mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM50,000.
Menurutnya, konsert Kasih dan Harapan Ben Nathan itu dirancang diadakan pada majlis makan tengah hari di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada 21 Mei.
"Hasil kutipan wang diperoleh daripada konsert itu nanti akan disalurkan 100 peratus kepada Ben," katanya.
Menurut DJ Dave, dia bersama ahli perniagaan Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Jojo akan membantu menguruskan kutipan dana berkenaan.
"Saya dan Tan Sri Jojo akan bertindak selaku pihak yang menguruskan dana dikutip.
"Justeru, YA1M mengalu-alukan rakan artis tidak kira usia untuk menyertai persembahan dan menyumbangkan suara untuk Ben," katanya.
Demikianlah Artikel Ben Nathan teringin nak pergi umrah
Sekianlah artikel Ben Nathan teringin nak pergi umrah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ben Nathan teringin nak pergi umrah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/ben-nathan-teringin-nak-pergi-umrah.html