Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab

Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab
link : Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab

Baca juga


Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab

MSO

Inilah Hashim Abdullah.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mohd Hashim Abdullah tidak boleh berasa dia tidak bersalah berhubung kes 136,272 pengundi di Selangor yang tidak mempunyai alamat, apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan kerajaan Selangor untuk menyoal balasnya berkaitan perkara itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar rayuan semakan keputusan dibuat kerajaan Selangor memberi alasan untuk tidak membenarkan permohonan kerajaan Selangor memanggil Hashim, kerana Hashim tidak ada maklumat mengenai perkara itu.

Alasan itu betul, tetapi senario yang berlaku dalam daftar pemilih di Selangor itu jelas tempang menunjukkan kelemahan SPR dibawah tanggungjawab Hashim selaku pengerusi di mana atas maruahnya sebagai seorang suruhanjaya bebas beliau kena bertanggungjawab.

Juteru Hashim kena bertanggungjawab dari segi moral dan integriti SPR ke atas ketempangan itu kerana ia akan terus dipersoalkan umum. Ketempangan itu juga akan ditafsirkan dengan berbagai unsur yang menjurus kepada ketidakadilan SPR dalam mengendalikan urusan pilihan raya di negara ini.

Perintah atau keputusan Hakim itu tidak boleh dijadikan lalang untuk melindungi maruahnya. 

Ketempangan itu juga menyebabkan minda umum menerima dakwaan Bersih selama ini yang pilihan raya di negara ini tidak dijalankan dengan adil dan saksama serta bias yang jelas. Benarlah desakan mereka agar daftar pemilih terlebih dahulu disucikan sebelum mengakui SPR sebagai bebas dan adil.

Sebagai pengerusi sepatutnya sebelum melaksanakan penyempadanan semula beliau meneliti dan memastikan perkara itu tidak akan berlaku apa lagi sehingga dibawa ke mahkamah. Kalau pun pihaknya ada niat tertentu tetapi janganlah sampai tektik itu terdedah.

Kerana seperti mana dipersoalkan macam mana SPR boleh melakukan penyempadanan semula kawasan dalam keadaan pemilihan tidak diketahui di mana tempat tinggal mereka? Bukankah dengan cara itu menyebabkan pengundi tidak berada dalam lokaliti sepatutnya.

Bukankah pengubahan mereka dengan tidak ada identiti (alamat) itu maka mereka akan diletakkan dalam lokaliti yang tidak sepatutnya, menyebabkan mereka akan memilih calon yang bukan mereka kehendaki. Cara itu juga menyusahkan mereka dan boleh dianggap SPR ada agenda tersendiri?

Yang perlu dimalui oleh Hashim juga, apabila kes 136,272 pengundi yang tidak jelas identiti atau hilang alamat itu, sehinggakan kes itu dibawa ke mahkamah oleh kerajaan Selangor. Tindakan mahkamah itu telah mencabar kredibalitinya sebagai pengerusi SPR yang perlu dilihat adil dan berwibawa.

Sebelum ini tidak ada mana-mana pihak membuat bantahan berkaitan cadangan SPR meminda sempadan, dan kalau ada pun ia tidak sampai ke tangga mahkamah. Ia hanya berlaku dizaman Hashim Abdullah yang mempunyai rekod pernah menjadi pegawai kepada Najib Razak dan Annuar Musa sebelum bersara wajib dalam perkhdimatan awam menjadi pengerusi SPR.

Sekiranya Hashim tidak menjelaskan mengenai masalah 136,727 pengundi di Selangor maka selamanya beliau akan "tercoreng" dengan arang tanggapan umum bahawa beliau berkerja bukan untuk rakyat tetapi untuk orang tertentu.



Demikianlah Artikel Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab

Sekianlah artikel Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/isu-136272-pengundi-tiada-alamat-di.html

Subscribe to receive free email updates: