Ada Beberapa Parti Berkubur Selepas Berpisah Dengan PAS – Hj Hadi

Ada Beberapa Parti Berkubur Selepas Berpisah Dengan PAS – Hj Hadi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada Beberapa Parti Berkubur Selepas Berpisah Dengan PAS – Hj Hadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada Beberapa Parti Berkubur Selepas Berpisah Dengan PAS – Hj Hadi
link : Ada Beberapa Parti Berkubur Selepas Berpisah Dengan PAS – Hj Hadi

Baca juga


Ada Beberapa Parti Berkubur Selepas Berpisah Dengan PAS – Hj Hadi



PAS tidak pernah mengalami kerugian dalam semua kerjasama politik dengan pihak lain, bahkan sudah ada beberapa parti yang berkubur dan sebahagiannya tanpa nisan setelah berpisah dengan parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kenyataannya itu bukan kerana berasa angkuh dan cakap berdegar-degar, tetapi merupakan suatu hakikat yang terpahat kukuh sepanjang perjalanan politik Pas.

Perkara itu, katanya, disaksikan oleh mereka yang membuat penyelidikan secara jujur, termasuk dalam kalangan mereka yang datang mahu mengintip, sehingga berniat jahat dengan menebuk bahtera Pas atau mencuri ahli sehinggalah pemimpinnya.

“Namun, bahtera Pas gagal untuk ditembusi dan tidak dapat ditenggelamkan. Sebaliknya, mereka yang berjaya ditarik keluar daripada Pas, akhirnya tenggelam dalam lipatan sejarah, sama ada ketika masih hidup atau setelah meninggal dunia,” katanya dalam Minda Presiden yang dimuatnaik di laman Facebook semalam.

Bacalah...

SEJAK PAS ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1951 dan memasuki arena politik tanah air, PAS tidak dapat diharamkan melalui tindakan undang-undang dan politik oleh lawan serta musuhnya kerana tidak bertemu apa-apa alasan untuk mengharamkannya.

Kebijaksanaan para pengasas yang memimpin PAS menjadikannya sebuah Harakah Islamiah (Gerakan Islam) yang berdiri atas prinsip aqidah yang kukuh dan bergerak dengan hikmah.

Alhamdulillah, sehingga kini PAS tidak mengalami krisis yang memerlukan kepada penubuhan sebuah parti baharu sebagai alternatif dan tidak perlu diperbaharui pendaftarannya.

Alhamdulillah PAS juga tidak pernah mengalami kemerosotan dari sudut keahliannya, walaupun pernah menghadapi pengalaman rebah dan bangun sepanjang perjalanan politik. Sekalipun pernah mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum, pilihan raya kecil dan jatuh kerajaan. Sehingga PAS pernah dihalau daripada beberapa sejarah pakatan politik dan kerjasama dengan parti-parti lain, malah ada pemimpin PAS yang rebah tercicir dalam perjalanan politiknya.

Maka, insya-Allah PAS tidak hairan dengan nasihat daripada kalangan ilmuwan sains politik yang hanya berlegar di dalam bilik kuliah dan menggerakkan jari dan kaki di kerusi dan meja semata-mata. Mereka yang sekadar bercakap dalam bilik kuliah berhawa dingin dan kaca TV yang diputar mengikut arahan siapa sahaja yang menjadi pengarahnya.

Termasuklah mereka yang membuat kenyataan di lembaran surat khabar, yang kertasnya akan berakhir menjadi surat khabar lama pelbagai guna dan dibuang ke dalam tong sampah. Begitu juga mereka yang membuat kenyataan di media sosial yang hanyut dalam dunia tanpa sempadan, sehingga ada dalam kalangan mereka yang tersungkur tanpa haluan apabila sudah tiba ajalnya.

PAS adalah sebuah parti atau jemaah yang berprinsip atas aqidah yang kukuh, bukan berpegang kepada ideologi yang rapuh.

PAS terus beristiqamah atas asas aqidah dan bergerak dengan hala tuju dan wawasannya yang kekal daripada dunia sehingga ke akhirat.

Alhamdulillah, PAS tidak pernah mengalami kerugian dalam semua kerjasama politik dengan pihak lain, bahkan sudah ada beberapa parti yang berkubur dan sebahagiannya tanpa nisan setelah berpisah dengan PAS.

Kenyataan ini bukannya kerana berasa angkuh dan cakap berdegar-degar, tetapi merupakan suatu hakikat yang terpahat kukuh sepanjang perjalanan politik PAS. Perkara ini disaksikan oleh mereka yang membuat penyelidikan secara jujur, termasuk dalam kalangan mereka yang datang mahu mengintip, sehingga berniat jahat dengan menebuk bahtera PAS atau mencuri ahli sehinggalah pemimpinnya.

Namun, bahtera PAS gagal untuk ditembusi dan tidak dapat ditenggelamkan. Sebaliknya, mereka yang berjaya ditarik keluar daripada PAS, akhirnya tenggelam dalam lipatan sejarah, sama ada ketika masih hidup atau setelah meninggal dunia.

Bahtera Islam ini terus berjalan semakin laju, tidak tersungkur kerana melampau dan tidak ketinggalan kerana jatuh. Bahkan ahli PAS semakin ramai, penumpangnya pula sentiasa bertambah dan menjadikan penggeraknya sentiasa silih berganti. Hal ini menjadikan PAS lebih matang kerana pengalamannya bertambah dan perjalanannya lebih sejahtera, insya-Allah.

Silalah sambung bacaan anda di SINI


Demikianlah Artikel Ada Beberapa Parti Berkubur Selepas Berpisah Dengan PAS – Hj Hadi

Sekianlah artikel Ada Beberapa Parti Berkubur Selepas Berpisah Dengan PAS – Hj Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada Beberapa Parti Berkubur Selepas Berpisah Dengan PAS – Hj Hadi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/ada-beberapa-parti-berkubur-selepas.html

Subscribe to receive free email updates: