Kehadiran Anwar di mahkamah dibatal saat akhir, peguam akan kemuka bantahan

Kehadiran Anwar di mahkamah dibatal saat akhir, peguam akan kemuka bantahan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kehadiran Anwar di mahkamah dibatal saat akhir, peguam akan kemuka bantahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kehadiran Anwar di mahkamah dibatal saat akhir, peguam akan kemuka bantahan
link : Kehadiran Anwar di mahkamah dibatal saat akhir, peguam akan kemuka bantahan

Baca juga


Kehadiran Anwar di mahkamah dibatal saat akhir, peguam akan kemuka bantahan


.

Oleh Aliff Fikri
PUTRAJAYA: Peguam saudara Anwar Ibrahim bakal mengemukakan bantahan terhadap tindakan mahkamah membatalkan rayuan pendengaran kes Ketua Umum KEADILAN itu melawan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di saat akhir.

rayuan-2

Peguam Latheefa Koya berkata, pembatalan itu tidak adil sama sekali kerana menghalang Anwar memberi hujah.

“Sepatutnya hari ini Anwar hadir untuk pendengaran rayuan dalam kesnya terhadap SPR berhubung hak beliau untuk mengundi walaupun dipenjara.

“Tapi mahkamah mengambil keputusan pada 24 Mac bahawa kehadiran Anwar dibatalkan dan pihak mereka hanya memberitahu kami tentang pembatalan itu semalam, 27 Mac.

“Jadi peguam utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram, menyatakan beliau akan mencabar pembatalan itu kerana Anwar berhak untuk hadir dan tindakan mahkamah itu juga bertentangan perlembagaan,” katanya kepada media di Mahkamah Rayuan, di sini.

rayuan-1

Sri Ram menegaskan, beliau akan memfailkan permohonan bantahan itu dalam tempoh 10 hari kerana keperluan untuk membuat temu janji dengan pihak penjara.

Kata beliau, tindakan mahkamah sangat tidak munasabah dan secara tidak langsung menghalang Anwar memberikan keterangan.

Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula Anwar terhadap SPR dan dua yang lain berhubung penafian haknya untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menyatakan, penolakan itu dibuat berikutan SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan Anwar yang kini dipenjara dari menjalankan hak beliau sebagai pengundi.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 6 Mei 2015, Anwar menamakan SPR dan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (ketika itu) serta kerajaan sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Anwar memaklumkan, sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadap dirinya, beliau sudah mendaftar sebagai pengundi.



Demikianlah Artikel Kehadiran Anwar di mahkamah dibatal saat akhir, peguam akan kemuka bantahan

Sekianlah artikel Kehadiran Anwar di mahkamah dibatal saat akhir, peguam akan kemuka bantahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kehadiran Anwar di mahkamah dibatal saat akhir, peguam akan kemuka bantahan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/kehadiran-anwar-di-mahkamah-dibatal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :