Malaysia, Singapura meterai perjanjian kereta api laju esok

Malaysia, Singapura meterai perjanjian kereta api laju esok - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia, Singapura meterai perjanjian kereta api laju esok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia, Singapura meterai perjanjian kereta api laju esok
link : Malaysia, Singapura meterai perjanjian kereta api laju esok

Baca juga


Malaysia, Singapura meterai perjanjian kereta api laju esok


 
 
Wisma Putra berkata, projek kereta api laju itu dijangka meningkatkan ketersambungan, memudahkan perjalanan KL-Singapura, mengeratkan lagi hubungan perniagaan dan rakyat 2 negara.


keretapi,hsr

 
PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura dijadual menandatangani perjanjian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, esok, semasa Lee Hsien Loong melakukan lawatan kerja ke negara ini untuk menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-7.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, projek kereta api laju itu dijangka meningkatkan ketersambungan, memudahkan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura, mengeratkan lagi hubungan perniagaan dan meningkatkan hubungan antara rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.

Menurut kenyataan itu, Lee akan diiringi isteri, Ho Ching, dan beberapa menteri Kabinet serta pegawai kanan.

“Semasa Pemukiman Pemimpin ke-7 ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dijadual mengadakan pertemuan 4 mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, disusuli mesyuarat delegasi.

“Kedua-dua pihak akan membincangkan isu dua hala kepentingan bersama, mengkaji kemajuan kerjasama dua hala sedia ada, meningkatkan momentum perbincangan yang sudah diadakan dan inisiatif dipersetujui pada Pemukiman Pemimpin 2015,” katanya.

Wisma Putra berkata, satu Kenyataan Bersama Pemimpin akan dikeluarkan pada akhir pemukiman itu.
Pemukiman Pemimpin adalah acara tahunan yang dihoskan secara bergilir-gilir antara Malaysia dan Singapura.

“Pemukiman Pemimpin kali pertama diadakan pada Mei 2007 di Langkawi dan sejak itu menjadi forum bagi kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan dua hala.”

Pada 2015, Singapura merupakan rakan perniagaan ke-2 terbesar bagi Malaysia di peringkat global, dengan jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencapai AS$59.5 bilion (RM190.6 bilion ketika itu).



Demikianlah Artikel Malaysia, Singapura meterai perjanjian kereta api laju esok

Sekianlah artikel Malaysia, Singapura meterai perjanjian kereta api laju esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia, Singapura meterai perjanjian kereta api laju esok dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/12/malaysia-singapura-meterai-perjanjian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :