Judul : Menteri Minta Rakyat Berterima Kasih Padanya, Harga Gula Naik Tak Membebankan
link : Menteri Minta Rakyat Berterima Kasih Padanya, Harga Gula Naik Tak Membebankan
Menteri Minta Rakyat Berterima Kasih Padanya, Harga Gula Naik Tak Membebankan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin perjelaskan mengapa harga pasaran gula kasar naik sebanyak 11 sen.
Menurutnya, antara sebab utamanya kenaikan ini adalah kerana kebergantungan bekalan gula 100 peratus daripada luar.
"Punca utama naik adalah kerana kenaikan harga gula mentah di pasaran dunia.
"Ditambah lagi dengan penurunan mata wang serta dengan kenaikan harga mentah ini membuatkan kami tiada pilihan lain untuk menaikkan harga," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang ingin tahu faktor kenaikan harga gula sebanyak 11 sen kepada RM2.95 sekilogram berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.84 sekilogram.
Sekilogram gula kini berharga RM2.95 dengan peningkatan sebanyak empat peratus sejak pelarasan harga terakhir pada tahun 2013.
Laporan penuh sila baca di SINAR
Sementara itu The Malay Mail melaporkan Menteri yang sama juga mengatakan Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dengan kenaikan harga gula yang tidak begitu membebankan dan mengucapkan terima kasih kepadanya..
KUALA LUMPUR, 14 Mac ― Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dengan kenaikan harga gula yang tidak begitu membebankan, kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata walaupun gula mentah semuanya diimport, tetapi harga di pasaran tempatan masih rendah berbanding Thailand ― negara yang menjadi salah satu sumber utama gula bertapis bagi Malaysia.
“Sepatutnya rakyat Malaysia ucap terima kasih kepada saya daripada menyalahkan saya.
“Kita import lebih daripada 50 peratus daripada Thailand namun harga jualan kita lebih rendah berbanding Thailand, iaitu RM3.20 (sekilogram).
“Maknanya Malaysia ini merupakan satu negara yang kerajaannya benar-benar mengambil kira semua perkara dan mempertimbangkannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini... laporan penuh sila baca di SINI
Terima kasih??? Barang-barang keperluan yang lain naik harga.. macam mana pula?
Demikianlah Artikel Menteri Minta Rakyat Berterima Kasih Padanya, Harga Gula Naik Tak Membebankan
Sekianlah artikel Menteri Minta Rakyat Berterima Kasih Padanya, Harga Gula Naik Tak Membebankan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menteri Minta Rakyat Berterima Kasih Padanya, Harga Gula Naik Tak Membebankan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/menteri-minta-rakyat-berterima-kasih.html