TMJ: Johor tolak individu korup

TMJ: Johor tolak individu korup - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TMJ: Johor tolak individu korup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TMJ: Johor tolak individu korup
link : TMJ: Johor tolak individu korup

Baca juga


TMJ: Johor tolak individu korup

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada tempat individu mahupun pihak tidak berintegriti dan korup di negeri ini.
 
Menurutnya, individu yang diberikan amanah dan tanggungjawab diingatkan supaya menjalankan kewajipan untuk berkhidmat kepada rakyat dengan baik.
 
“Saya ingin beri nasihat sedikit terhadap isu berbangkit berkaitan dengan negeri Johor Darul Takzim.
 
“Perlu saya ingatkan di negeri Johor ini tidak akan ada tempat untuk mereka-mereka yang tidak mengamalkan integriti dalam tugasan yang diberikan serta terlibat dengan budaya korup.
 
“Kepada mana-mana individu yang diberi amanah dan tanggungjawab, jalankan kewajipan anda untuk berkhidmat kepada rakyat dengan baik,” katanya seperti dipetik dari laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.
 
Tunku Ismail berkata, individu yang mengutamakan kepentingan peribadi lebih daripada rakyat juga tidak layak berada di negeri ini.
 
“Sekiranya anda mengutamakan kepentingan peribadi lebih daripada rakyat, sebagai mana yang DYMM Tuanku pernah bertitah, anda tidak layak berada di negeri Johor dan kami akan pastikan anda tidak mempunyai tempat di negeri berdaulat ini,” katanya.
 
Di Kluang, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri akan memastikan unsur-unsur rasuah dan penipuan di negeri ini dapat dibanteras dalam usaha menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan.
 
“Ini peringatan kepada semua bahawa dalam zaman ini banyak mata memandang. Mereka yang diberikan amanah oleh rakyat perlu melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin kerana apa pun yang kita lakukan kita tidak akan terlepas.
 
“Apa pun yang berlaku, kita percaya PDRM dan SPRM ada maklumat lebih lengkap, biarkan badan  ini menjalankan siasatan,” katanya.
 
Katanya, kes penahanan seorang exco kerajaan negeri dan tangkapan sindiket berkaitan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri Johor baru-baru ini seharusnya jadi pengajaran kepada semua.
 
 


Demikianlah Artikel TMJ: Johor tolak individu korup

Sekianlah artikel TMJ: Johor tolak individu korup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TMJ: Johor tolak individu korup dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/tmj-johor-tolak-individu-korup.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :