Malaysia Tidak Lagi Anjur F1 Sebab Merugikan Kata Najib

Malaysia Tidak Lagi Anjur F1 Sebab Merugikan Kata Najib - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Tidak Lagi Anjur F1 Sebab Merugikan Kata Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Tidak Lagi Anjur F1 Sebab Merugikan Kata Najib
link : Malaysia Tidak Lagi Anjur F1 Sebab Merugikan Kata Najib

Baca juga


Malaysia Tidak Lagi Anjur F1 Sebab Merugikan Kata Najib


Malaysia tidak lagi menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) selepas kerajaan bersetuju menamatkan kontrak penganjuran mulai tahun depan.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kontrak itu terpaksa ditamatkan berikutan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding kos penganjuran sejak 1999.

"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira laporan dan pandangan daripada Sepang International Circuit (SIC) mengenai impak kewangan acara F1 ini kepada semua pihak berkepentingan.

"Kerajaan terpaksa menanggung kos penganjuran yang sangat tinggi setiap tahun. Namun begitu, pulangan daripada menganjurkan kejohanan ini semakin berkurangan dari segi penonton, pengunjung dan jumlah kedatangan pelancong asing semasa perlumbaan berlangsung sejak beberapa tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pada peringkat awal penganjurannya, F1 dapat mempromosikan negara sebagai destinasi bagi acara sukan bertaraf dunia selain mempromosi negara sebagai destinasi pilihan pelancong global.

"Pada tahun 1999, hanya 16 buah negara menjadi tuan rumah kepada perlumbaan berprestij termasuk dua negara Asia tetapi ia kini telah meningkat kepada 21 buah negara dengan enam negara Asia sekaligus mengakibatkan penurunan pulangan kepada penganjur dan negara," katanya.

Najib berkata penamatan penganjuran ini akan membolehkan kerajaan meningkatkan pembiayaan dalam sukan permotoran bagi pembangunan bakat, infrastruktur, pemindahan kemahiran dan pengetahuan.

Katanya kerajaan akan menggunakan peruntukan yang ada bagi kegunaan perlumbaan lain seperti MotoGP dan Go-Kart; membina litar perlumbaan khas di Sungai Petani, Kedah; menaik taraf kemudahan di SIC dan membantu pemandu profesional negara menjadi pemandu F1.

"Litar Sepang akan terus memainkan peranan penting dalam usaha kita mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Laporan penuh sila baca di SINI


Demikianlah Artikel Malaysia Tidak Lagi Anjur F1 Sebab Merugikan Kata Najib

Sekianlah artikel Malaysia Tidak Lagi Anjur F1 Sebab Merugikan Kata Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Tidak Lagi Anjur F1 Sebab Merugikan Kata Najib dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/malaysia-tidak-lagi-anjur-f1-sebab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :