Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"?

Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"?
link : Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"?

Baca juga


Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"?

Tuan Speaker... ikut arahan gunakan kuasa juga 'bloody fool'

Tindakan Speaker Dewan Rakyat menggunakan kuasanya untuk menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang akta 355 di Dewan Rakyat semalam juga boleh dianggap 'bloody fool' (sangat bodoh) kerana jelas penangguhan itu dibuat atas arahan pihak tertentu, tegas Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Dalam satu kenyataan hari ini, Salahuddin mengulas tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang secara tiba-tiba menangguhkan sidang Dewan Rakyat setelah anggota parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hasan berucap menyokong usul RUU Akta 355 yang dikemukakan anggota parlimen Marang.


Bagi Salahuddin, tindakan speaker itu secara jelas menjatuhkan kredibiliti Pandikar dan institusi Dewan Rakyat.

"Kita mahu Speaker Parlimen seorang reformis yang mampu merubah struktur institusi Parlimen kita sebagaimana kita belajar proses Parlimen di negara-negara Komanwel yang mencapai kecermerlangannya.

"Cara Speaker membuat keputusan terhadap pembentangan usul YB Marang semalam adalah jelas menjatuhkan kredibiliti beliau dan intitusi Parlimen itu sendiri. Di mana lagi tempat yang terbaik dan mulia untuk sesuatu usul atau RUU itu dibahaskan?" tegasnya.

Menurut Salahuddin, semua pihak perlu diberikan ruang yang saksama untuk berbahas di parlimen menjadikan sikap adil dan bijaksana seorang Speaker amat perlu untuk mengendalikan perjalanan dewan yang mulia.

"Parlimen adalah tempat untuk membahas dan melulus sesuatu rang undang-undang bukan medan permainan politik bagi mencapai agenda pihak berkuasa. Jawatan Speaker sepatutnya diselamatkan dari diperalatkan sebegitu rupa," tegas beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan isu RUU 355 sebagai sandiwara yang telah disempurnakan skripnya.

"Begitulah hinanya satu RUU yang dikatakan memartabat bidang kuasa Mahkamah Syariah diperlakukan semahu-mahunya dalam Parlimen kita.

"Maaf Tuan Speaker, sekiranya kita hanya mengikut arahan untuk menggunakan kuasa, ianya juga boleh dianggap "bloody fool"," ujar beliau sinis.

Semalam, Pandikar menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat apabila bertindak menangguhkan persidangan secara tiba-tiba walaupun ramai anggota dewan telah bersedia untuk membahaskan usul RUU Akta 355 yang dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Pandikar, beliau berkuasa penuh untuk menentukan perjalanan mesyuarat dewan dan membuat keputusan berdasarkan kuasa yang ada padanya.

"Saya ingin kongsikan satu kata-kata hikmat yang terpahat di fikiran saya hingga sekarang - if you are in power, you are powerful, if you don't use your power, your are a bloody fool.

"Pada hari ini saya tak mahu menjadi bloody fool. Saya nak gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan (usul meminda Akta 355 dibawa hari ini) diadakan pada sesi akan datang," katanya.

Penangguhan sidang itu dibuat kira-kira jam 4 petang. Sidang Dewan Rakyat selanjutnya dijadual diadakan pada 24 Julai ini.

Penangguhan dibuat Pandikar itu mendorong anggota parlimen pembangkang bangkit mengecam keputusan berkenaan kerana mereka tidak diberi peluang membahaskan usul Abdul Hadi itu.

Bagaimanapun Pandikar enggan berganjak, sebaliknya terus meninggalkan sidang.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden MIC Dr S Subramaniam ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat semalam berkata, mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN sudah menetapkan bahawa usul persendirian ahli Parlimen Marang, yang juga Presiden Pas itu akan dibentangkan dan dihuraikan namun tiada pengundian akan dilakukan.

“Keputusannya adalah membenarkan Pas membentangkannya dan terdapat persetujuan untuk tiada sebarang pengundian,” kata Dr Subramaniam dipetik The Malay Mail Online.

Kenyataan yang dibuat Subramaniam dan beberapa pemimpin BN berhubung pembentangan usul RUU 355 menguatkan andaian parti pembangkang bahawa tindakan Speaker menangguhkan persidangan adalah bagi memenuhi keputusan yang dicapai Majlis Tertinggi BN.

Untuk rekod, tiada seorang pun ahli parlimen Pas yang membantah tindakan Pandikar menangguhkan persidangan semalam walaupun Pas berharap usul RUU 355 itu mendapat sokongan anggota dewan.

Pas juga menganjurkan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur Februari lalu yang antara lainnya bertujuan menggesa ahli parlimen menyokong usul RUU 355 yang dibawa Abdul Hadi. -MD


Tangguh sidang, Pandikar enggan jadi 'bloody fool'


Memetik "kata-kata hikmat" seseorang yang tidak dinyatakan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sesi kali ini sebelum usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibahaskan.

Menurut Pandikar, beliau berkuasa penuh untuk menentukan perjalanan mesyuarat dewan dan membuat keputusan berdasarkan kuasa yang ada padanya.

"Saya ingin kongsikan satu kata-kata hikmat yang terpahat di fikiran saya hingga sekarang - if you are in power, you are powerful, if you don't use your power, your are a bloody fool.

"Pada hari ini saya tak mahu menjadi bloody fool. Saya nak gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan (usul meminda Akta 355 dibawa hari ini) diadakan pada sesi akan datang," katanya.

Penangguhan sidang itu dibuat kira-kira jam 4 petang. Sidang Dewan Rakyat selanjutnya dijadual diadakan pada 24 Julai ini.

Penangguhan dibuat Pandikar itu mendorong anggota parlimen pembangkang bangkit mengecam keputusan berkenaan kerana mereka tidak diberi peluang membahaskan usul Abdul Hadi itu.

Bagaimanapun Pandikar enggan berganjak, sebaliknya terus meninggalkan sidang.

Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) berkali-kali menyebut: "Islam bukan macam ni!"

Kira-kira 30 minit sebelum itu Khalid bangkit mencelah untuk mendapatkan penjelasan daripada daripada Pandikar sama ada beliau akan memberikan masa untuk usul pindaan Akta 355 itu dibahaskan.

Untuk rekod, hari ini adalah hari terakhir sidang dewan pada sesi ini dan usul Abdul Hadi dibawa ke sidang kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) kemudian bangkit berucap untuk menyokong usul berkenaan.

Sepanjang tempoh itu - sejak sidang disambung pada jam 2.30 petang - Takiyuddin menyampaikan ucapan panjang lebar dan beberapa kali anggota parlimen BN bangkit untuk mendapatkan penjelasan.

Keadaan itu mendorong Khalid bertanya sama ada anggota pembangkang akan diberi masa membahaskan usul berkenaan.

"Adakah kami akan diberi peluang membahas, atau hari ini (adalah) hari PAS dan Umno," katanya.
-mk


ULASAN GB

Dah lama betul GB tak dengar istilah "bloody fool" digunakan. Tetapi tiba-tiba muncul dari mulut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

GB seringkali menyatakan bahawa setiap makian dan sumpah itu biasanya merujuk kepada tuan penuturnya. Itu hukum pasti, hukum kebenaran dan keadilan.

Jika ada orang sebelum ini menyumpah dan memaki seranah "haramjadah" kepada peneroka FELDA, maka jelas perkataan itu telah berbalik kepada dirinya. Apa yang nyata, FELDA hancur binasa angkaranya dan peneroka kini menanggung hutang yang tak pernah berlaku di dalam sejarah akibat kerugian FGV.

Begitu juga seorang pemimpin parti agama yang memaki hamun dengan perkataan-perkataan broker, barua, tolol dan sebagainya. Ia kembali terus kepada dirinya apabila dia benar-benar menjadi broker dan barua kepada UMNO dan mendedah sikap tololnya dari hari ke sehari.

Kembali kepada istilah "bloody fool"... memang dia bloody fool nampaknya tetapi saja tak mengaku. Bodoh yang bukan kepalang...

Mungkinkah penggal ini merupakan penggal terakhir baginya menjadi Speaker setelah menyedari dia selama ini menjadi "sang bloody fool" kepada parti yang diwakilinya semasa pilihanraya dulu. Mungkin!

Tetapi yang terlebih "bloody fool" ialah pihak-pihak yang telah berkongsi menipu rakyat dengan mempermainkan hukum Allah sebagai modal politik selama ini sedangkan di dalamasa yang sama membisu dan menutup mata terhadap kebobrokan pemerintah dengan isu-isu 1MDB, GST, kenaikan kos sara hidup dan sebagainya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kumpulan "bloody fool" itu pasti ditimpa kehinaan dan hancur binasa kerana kebenaran tidak akan sekali-kali dapat dihapuskan oleh kebatilan.


FEATURED ADS







Demikianlah Artikel Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"?

Sekianlah artikel Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/siapa-sebenarnya-bloody-fool.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :