Tujuh laungan takbir untuk Nik Abduh

Tujuh laungan takbir untuk Nik Abduh - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tujuh laungan takbir untuk Nik Abduh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tujuh laungan takbir untuk Nik Abduh
link : Tujuh laungan takbir untuk Nik Abduh

Baca juga


Tujuh laungan takbir untuk Nik Abduh

N Faizal Ghazali


ULASAN Tidak ada lagi Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam barisan kepimpinan Pemuda PAS untuk sesi 2017-2019.

Mengiringi langkahnya ke tahap lebih tinggi, anggota parlimen Pasir Mas itu diberi penghargaan melalui 'tujuh laungan takbir' oleh barisan perwakilan Pemuda PAS, semalam.

Takbir! Allahuakbar!

Kini perjalanan baru akan ditempuhi anak bekas pimpinan PAS yang disayangi ramai, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebagai langkah pertamanya, Nik Abduh memilih untuk mencuba nasib dalam pemilihan ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat pada Muktamar PAS Ke-63 yang sedang berlangsung di Alor Setar sehingga 1 Mei ini.
Takbir! Allahuakbar!

Dalam ucapan terakhirnya semalam, Nik Abduh tampil dengan seragam Unit Amal‎ penuh karisma.

Beliau tegas memberi pesanan kepada adik-adiknya betapa kepimpinan Pemuda PAS di setiap peringkat perlu terus komited menjayakan setiap gerak kerja parti.

Malah beliau juga menyatakan kebimbangan betapa demokrasi dalam Pemuda PAS akan mati sekiranya amalan tiada pertandingan dalam merebut jawatan diamalkan dengan ketara.

Katanya, perwakilan kehilangan hak memilih kepimpinan yang dirasakan layak untuk mengemudi pergerakan mereka.

Masalah Kopi Amal selesai

Takbir! Allahuakbar!

‎Semalam Nik Abduh sempat menyelesaikan satu masalah yang menjadi rungutan kepada segelintir anak buahnya.

Masalah penggunaan logo Unit Amal pada paket kopi Amal (satu produk PAS) dipersoal oleh perwakilan pada sesi perbahasan ucaptama ketua pemuda kerana dikhuatiri‎ boleh mencemarkan imej Unit Amal itu apabila paket kopi tersebut dibuang (sebagai sampah).

Bekas calon naib presiden PAS Kawasan Pengkalan Chepa itu segera menyangkal pemikiran dan kerisauan perwakilan tersebut.

Katanya, ‎tidak perlu terasa hati dengan sesuatu yang sudah menjadi sampah.

Sebagai contoh jelasnya, logo bulan iaitu lambang PAS akan dibuang selepas pilihan raya‎.

Tetapi tiada yang terasa hati kerana ia sudah menjadi sampah.

Penjelasan itu dilihat mudah difahami dan diterima oleh perwakilan.

Takbir! Allahuakbar! ‎

Nama Nik Abduh tersenarai bersama nama 25 lagi calon ahli jawatankuasa kerja.

Mampukah beliau mencuri hati para perwakilan untuk muncul sebagai 18 individu terpilih memegang jawatan itu?

Beliau perlu menyaingi antaranya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Dr Riduan Mohd Noor, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Razman Zakaria, Mohamad Sanusi Md Nor, Ahmad Yahya, Saiful Bahri Mamat, Zaharuddin Muhammad dan Mokhtar Senik.

Takbir! Allahuakbar!

Kita perlu yakin bahawa Nik Mohamad Abduh ternyata mempamerkan ketokohannya‎ dan bukan sekadar suka-suka melalui ‎penyertaannya dalam pemilihan itu.

Jika tewas pada pemilihan tersebut sekalipun, beliau masih boleh memegang sebarang jawatan melalui lantikan parti selepas ini.

Sayang sekali jika langkah beliau 'dicantas' lebih awal, keperibadian dan percaturannya dalam kancah politik tanah air masih diperlukan.

Takbir! Allahuakbar!

Nik Mohamad Abduh membawa dirinya dan legasi keluarga dalam arus parti dan dunia politik setempat.

Air tangan, buah fikiran, kecekapan dan idea-idea bernas yang pernah didahului oleh ayahanda‎ beliau pastinya mahu diteruskan sebagai satu kesinambungan.

Kini bergelar bekas ketua pemuda PAS dan wakil rakyat Pasir Mas‎, karier politik anak Pulau Melaka itu akan sentiasa mencuri perhatian banyak pihak sama ada kawan dan lawan.

Takbir! Allahuakbar!

Selamat maju jaya YB Nik Mohamad Abduh.

N FAIZAL GHAZALI Wartawan Malaysiakini



Demikianlah Artikel Tujuh laungan takbir untuk Nik Abduh

Sekianlah artikel Tujuh laungan takbir untuk Nik Abduh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tujuh laungan takbir untuk Nik Abduh dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/tujuh-laungan-takbir-untuk-nik-abduh.html

Subscribe to receive free email updates: