1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April

1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April
link : 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April

Baca juga


1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April

MALAYSIAKINI




Sebanyak 1,361 kes kemalangan di tempat kerja direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh Januari hingga April tahun ini melibatkan 70 kes maut, kata Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah, Mohd Khairof Fais Abd Raop.

Mohd Khairof Fais berkata daripada jumlah itu, sebanyak 64 kes melibatkan hilang upaya kekal manakala 1,227 kes tanpa hilang upaya kekal dan kes kemalangan di tempat kerja berpunca daripada kecuaian mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan yang ditetapkan.

Ketika menyampaikan taklimat dan dialog sempena Kempen Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak Binaan di pejabat tapak binaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Papar, beliau berkata pihaknya boleh mengenakan kompaun sehinga RM1,000 atau penjara tidak lebih dari tiga bulan kepada mana-mana pihak yang mengabaikan aspek keselamatan di tempat kerja.

Kira-kira 30 peserta terdiri daripada kakitangan Borneo Highway PDP Sdn. Bhd (BHP), kontraktor Akif Jaya Sdn. Bhd. dan juruperunding menyertai sesi taklimat dan dialog itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Kejuruteraan BHP, Halim Eksi berkata syarikat Rakan Pelaksana Projek (PDP) lebuh raya tersebut komited untuk melaksanakan empat tonggak Program Transformasi Industri Binaan (CITP).

Empat tonggak tersebut ialah Kualiti, Keselamatan dan Profesionalisme, Kelestarian Alam Sekitar, Produktiviti dan Pengantarabangsaan.

Katanya, BHP akan menjadi contoh dalam melaksanakan amalan terbaik dalam industri binaan.
- Bernama




Demikianlah Artikel 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April

Sekianlah artikel 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/1361-kes-kemalangan-di-tempat-kerja-jan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :