ADUN HARAPAN tekan PAS tapi tunggu Azmin

ADUN HARAPAN tekan PAS tapi tunggu Azmin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN HARAPAN tekan PAS tapi tunggu Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN HARAPAN tekan PAS tapi tunggu Azmin
link : ADUN HARAPAN tekan PAS tapi tunggu Azmin

Baca juga


ADUN HARAPAN tekan PAS tapi tunggu Azmin

Lu Wei Hoong


ADUN PKR dan DAP menyerahkan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan memberikan masa secukupnya untuk beliau membuat keputusan mengenai kedegilan PAS meninggalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beberapa ADUN Pakatan Harapan yang bercakap kepada Malaysiakini, namun tidak mahu nama mereka disiarkanberpendapat PAS perlu meninggalkan kerajaan negeri dengan cara bersopan tanpa perlu tergesa-gesa.

"Tidak perlu tergesa-gesa untuk Azmin menendang PAS keluar. Jika kita tergesa-gesa, Utusan Malaysia dan Umno akan mengambil kesempatan daripadanya.

"Mereka sedang tunggu kita buat serangan pertama (menentang PAS), maka mereka akan tuduh DAP cuba untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor, dan kita mahu tubuhkan kerajaan China, atau kita anti-Islam," kata seorang ADUN DAP.

Namun begitu, ADUN berkenaan berkata mereka mahukan Azmin, yang dijangka pulang dari Belgium hari ini, memberikan taklimat kepada mereka bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara.

"Kami tidak boleh bersuara (sekarang). Yang terbaik adalah Azmin berjumpa kami dan menerangkan perkara ini," kata seorang lagi ADUN DAP.

Sentimen yang sama dikongsi dalam PKR, dengan seorang ADUN meluahkan kekecewaan berikutan kedegilan PAS dan berharap Azmin dapat memberikan penyelesaian.

ADUN PKR itu berkata mereka bersedia menerima keputusan Azmin jika mahu mengekalkan PAS dalam kerajaan Selangor, tetapi berkata parti Islam itu tidak boleh diberi kebebasan dalam pentadbiran negeri.

Beliau melahirkan kebimbangan bahawa PAS akan menggunakan sumber kerajaan negeri bagi menentang Pakatan Harapan, yang merupakan satu bentuk sabotaj dalaman.



Demikianlah Artikel ADUN HARAPAN tekan PAS tapi tunggu Azmin

Sekianlah artikel ADUN HARAPAN tekan PAS tapi tunggu Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN HARAPAN tekan PAS tapi tunggu Azmin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/adun-harapan-tekan-pas-tapi-tunggu-azmin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :