Judul : Belum ada kata putus kedudukan exco Pas Selangor
link : Belum ada kata putus kedudukan exco Pas Selangor
Belum ada kata putus kedudukan exco Pas Selangor
MALAYSIA DATELINEMasih belum ada kata putus mengenai kedudukan terkini tiga exco Pas Selangor selepas perbincangan dengan menteri besar Datuk Seri Azmin Ali semalam.
Salah seorang exco, Zaidy Abdul Talib sebaliknya berkata, gesaan agar PKR terus mengadakan rundingan bersama Pas harus diajukan terus kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Azmin sendiri.
"Itu kena tanya Menteri Besar terus atau Anwar Ibrahim. Saya tak pasti yang itu," katanya, memetik Antarapos.
Terdahulu Azmin dilihat mengadakan perbincangan bersama tiga exco Pas dan pesuruhjaya Pas Selangor di Sekinchan, pagi semalam selama kira-kira 20 minit.
Kesemua mereka hadir sempena lawatan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke daerah berkenaan.
Perbincangan tersebut hanya melibatkan exco-exco Pas iaitu Zaidy, Datuk Iskandar Samad dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan pesuruhjaya, Sallehin Mukhyi.
Pertemuan hsemalam dipercayai kali kedua diadakan Azmin dengan pemimpin Pas sejak kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.
Kali pertama mereka berbincang ialah apabila Azmin memanggil empat pemimpin Pas terbabit ke pejabatnya pada 12 Mei lalu.
Kesemua Exco Pas Selangor didesak supaya meletakkan jawatan selepas parti itu mengambil ketetapan menamatkan kerjasama politik dengan PKR.
PKR pula mengarahkan anggotanya yang mendapat lantikan politik di Kelantan meletakkan jawatan serta-merta.
Demikianlah Artikel Belum ada kata putus kedudukan exco Pas Selangor
Sekianlah artikel Belum ada kata putus kedudukan exco Pas Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Belum ada kata putus kedudukan exco Pas Selangor dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/belum-ada-kata-putus-kedudukan-exco-pas.html