Judul : Exco dakwa kakitangan sekolah dilarang hadir majlis
link : Exco dakwa kakitangan sekolah dilarang hadir majlis
Exco dakwa kakitangan sekolah dilarang hadir majlis
Exco Selangor Ean Yong Hian Wah mendakwa Kementerian Pendidikan melarang guru besar dan guru-guru sekolah kerajaan daripada menghadiri acara yang bukan dianjurkan kementerian itu.
Beliau mengulas ketiadaan kakitangan SJK (C) Tiong Nam Sungai Buaya pada majlis penyerahan dokumen pewartaan tanah di sekolah itu pagi ini.
Kerajaan Selangor baru-baru ini telah mewartakan tiga ekar tanah untuk sekolah berkenaan yang terletak di Banting.
"Saya dimaklumkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jabatan Pendidikan Daerah telah mengarahkan guru besar dan guru-guru untuk elak daripada menghadiri acara-acara yang tidak dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.
"Saya tak nampak mana-mana guru atau guru besar apabila saya menyerahkan dokumen pewartaan ke sekolah itu. Sebaliknya, pengerusi PIBG yang menerima dokumen itu bagi pihak sekolah," jelasnya.
Ean Yong menegaskan bahawa exco kerajaan negeri hanya mahu menyerahkan dokumen itu bagi membantu pembangunan sekolah, dan bukan bermaksud "melibatkan kegiatan politik" melalui majlis penyerahan itu.
"Ini (Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Langat) jelas tidak profesional dan menyalahgunakan kuasanya," kata Ean Yong ketika dihubungi Malaysiakini.
Demikianlah Artikel Exco dakwa kakitangan sekolah dilarang hadir majlis
Sekianlah artikel Exco dakwa kakitangan sekolah dilarang hadir majlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Exco dakwa kakitangan sekolah dilarang hadir majlis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/exco-dakwa-kakitangan-sekolah-dilarang.html