Hadi junjung kasih titah Sultan Selangor

Hadi junjung kasih titah Sultan Selangor - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi junjung kasih titah Sultan Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi junjung kasih titah Sultan Selangor
link : Hadi junjung kasih titah Sultan Selangor

Baca juga


Hadi junjung kasih titah Sultan Selangor

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merakamkan penghargaan di atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang berkenan mengekalkan tiga Exco parti itu dalam kerajaan negeri hingga pilihan raya umum akan datang.  
 
"Sesungguhnya limpah perkenan DYMM Tuanku amat disanjung tinggi untuk memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor demi menjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat. 
 
"Patik sepenuhnya meyakini bahawa ketiga-tiga ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor dan 10 orang ADUN daripada PAS tidak pernah luntur semangat untuk menjunjung kepercayaan DYMM Tuanku dan meneruskan amanah bagi menjaga kestabilan Kerajaan Negeri Selangor dan berkhidmat untuk rakyat dengan adil dan saksama," kata Hadi dalam satu kenyataan.
 
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali untuk mengekalkan kedudukan tiga wakil rakyat PAS sebagai exco kerajaan negeri.
 
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Alam Shah pagi tadi, baginda sebelum ini telah menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Sabak bersama tiga exco terlibat untuk mengetahui pendirian mereka.
 
Jelasnya, setelah menimbang dan meneliti segala aspek dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri dan berbincang dengan menteri besar, baginda memperkenankan hasrat untuk mengekalkan tiga exco berkenaan.
 
Tiga exco PAS itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib



Demikianlah Artikel Hadi junjung kasih titah Sultan Selangor

Sekianlah artikel Hadi junjung kasih titah Sultan Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi junjung kasih titah Sultan Selangor dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/hadi-junjung-kasih-titah-sultan-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :