Judul : Isu Hannah Yeoh, KANUN Libas Kenyataan Pensyarah
link : Isu Hannah Yeoh, KANUN Libas Kenyataan Pensyarah
Isu Hannah Yeoh, KANUN Libas Kenyataan Pensyarah
Komentar Terhadap Tulisan Dr Kamarul Zaman Yusoff - “PEMIMPIN AMANAH BODOH, KUDA TUNGGANGAN DAP”
1. Dr Kamarul Yusoff telah merewang panjang berkaitan beberapa kenyataan ahli dan pimpinan AMANAH (tulisan FB beliau bertarikh 24/5/2017). KANUN hanya berminat untuk mengulas mengenai penyataan beliau terhadap KANUN.
2. Beliau menyatakan,
“Kepada Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim, bagaimana seorang peguam seperti kamu boleh menyatakan bahawa sekatan ke atas kebebasan berpersatuan hanya boleh dilakukan jika ada ancaman keselamatan ke atas Persekutuan atau ketenteraman awam sedangkan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 Akta Pertubuhan terang-terang memberikan kuasa kepada Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan? Suka juga saya mencabar Wan Anwar Wan Ibrahim supaya membuat laporan polis kepada saya di bawah Akta Hasutan jika benar tulisan saya adalah berbentuk hasutan.”
3. KANUN mengajak beliau untuk merujuk kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan kebebasan berpersatuan seperti berikut:
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) …..
(b) …..
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) …..
(b) …..
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
4. Perkara 10(2)(c) Perlembagaan dengan jelas menyatakan sekatan yang boleh dibuat oleh Parlimen melalui akta termasuk Akta Pertubuhan 1966 adalah demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
5. Oleh itu, Seksyen 2A dan 13 Akta Pertubuhan 1966 hendaklah dibaca dalam konteks Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2A dan 13 itu tidak boleh ultra vires Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Atas dasar itu, maka pentafsiran kepada Seksyen 2A dan 13 mestilah konsisten dengan prinsip yang dinyatakan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
6. Dr Kamarul Yusoff menyatakan bahawa DAP menggugat agama Islam berdasarkan fahaman sempit beliau. KANUN mencabar beliau untuk menjelaskan dengan terperinci apakah maksud Islam Agama Persekutuan. Hal ini perlu diselesaikan terlebih dahulu supaya hujahan beliau tidak melencong dan tersasar.
7. KANUN juga melihat cabaran beliau supaya KANUN membuat laporan polis di bawah Akta Hasutan adalah menggambarkan beliau sendiri tidak pernah membaca Akta Hasutan, apatah lagi untuk mengkaji isi kandungan Akta Hasutan. KANUN tegas menyatakan bahawa kami sendiri tidak bersetuju dengan Akta Hasutan itu yang banyak digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara di kalangan warganegara. Maka, mana mungkin KANUN pula hendak membuat laporan polis di bawah Akta Hasutan bagi menyekat kebebasan bersuara Dr Kamarul Yusoff. Apa yang KANUN nyatakan adalah bahawa motif utama Dr Kamarul Yusoff adalah untuk menjadi alat bagi menghasut orang ramai untuk membenci DAP dan Pakatan Harapan. Hasutan jahat sebegitu walaupun sangat buruk tetapi tidak termasuk dalam skop Akta Hasutan. Tulisan beliau itu hanyalah tulisan picisan politik yang bertujuan untuk membakar api kebencian orang ramai kepada DAP dan seterusnya memenangkan Barisan Nasional.
8. Selaku pensyarah universiti, eloklah beliau menumpukan kepada kerja-kerja akademik dan tidak menulis tulisan picisan di facebook sahaja yang bertujuan memenangkan Barisan Nasional dan mengalahkan Pakatan Harapan.
WAN ANWAR WAN IBRAHIM
Timbalan Pengerusi
KANUN, Parti Amanah Negara
25 Mei 2017
ULASAN GB
Sekalipun GB agak sibuk kebelakangan ini dengan komputer GB yang agak uzur dan kerap rosak untuk melakukan kemaskini blog, namun ia tidak menghalang GB untuk mengikuti perkembangan semasa yang yang terbaru ini ialah mengenai isu seorang pemimpin DAP yang berjawatan Speaker DUN yang dihentam keras kerana menulis sebuah buku bertajuk "BECOMING HANNAH".
Seorang ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata buku karangan Speaker Hannah Yeoh yang dibelinya mampu mengubah dirinya sehingga terdorong terhadap ajaran Kristian.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia UUM, Kamarul Zaman Yusoff berkata ini kerana kandungan buku itu “terlalu banyak kisah dan petikan dari Bible”. (-petikan FMT)
Dengan dua petikan di atas itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa dangkal dan ceteknya pemikiran seorang "pensyarah universiti" yang ada di dalam negara kita.
Patutlah orang menyatakan terdapatnya ramai "professor dan phd kangkong" di unversiti kita.
Kritikannya terhadap buku Hannah Yeoh itu amat ketara bermotif politik dan apabila digeletek sedikit beliau tetiba melompat membanggakan dirinya dengan pelbagai anugerah dan pencapaiannya, ternyata benarlah betapa kangkungnya dia.
Izinkan GB untuk mengulas sedikit saja dari isu yang diperdebatkan iaitu mengenai konsep ketuhanan orang Kristian yang dijadikan alasan oleh pensyarah berkenaan merasa imannya tergugat lantarannya.
Iaitu mengenai konsep "son of God" atau child of God" yang ada ditulis di dalam buku Hannah.
Bagi orang awam yang tak pernah bergaul dengan orang kristian, "Son Of God" itu akan diterjemahkan secara literal - "anak Tuhan". Sedangkan maksud dan intipati umat Kristian istilah "Son Of God" itu adalah untuk menunjukkan rapatnya hubungan "manusia dengan Tuhan" dan di dalam Islam hubungan itu adalah hubungan khaliq-makhluq (pencipta dengan yang dicpta).
Di dalam Islam, manusia itu adalah makhluq dan "hamba"Nya, manakala di dalam Kristian hubungan itu dinukilkan di dalam frasa "Child of God" tetapi ia tetap merujuk hamba Allah dan bukannya "anak Tuhan" sepertimana diterjemah dan difahamkan oleh orang banyak.
Jadi kita sepatutnya gembira jika Hannah adalah seorang penganut Kristian yang taat, yang menjaga hubungannya dengan tuhan, yang kelak mana tahu ada sinar hidayah akan tercurah dihatinya untuk melihat ULTIMATE TRUTH, iaitu kalimah tauhid, Lailahailallah - The Is No God Save Him.
Sikap Hannah itu jauh lebih Islam dari umat Islam sendiri yang ramai diantaranya pada zahirnya Islam tetapi kufur di dalam tindak-tanduk hariannya.
Sebelum dari isu ini pun GB pernah menulis di dalam entri yang lepas-lepas. Petikan:
GB sudah acapkali menegur golongan agamawan yang berlagak bijak dan berlagak pandai ini supaya meminta mereka berdoa kepada Allah supaya Allah hanya menciptakan manusia hanya dari satu kumpulan atau bangsa dan menghapuskan kumpulan-kumpulan (bangsa-bangsa yang lain), jika terus-menerus menyerang orang yang lain dari kumpulan mereka.
Apakah hanya sanya kita ini dilahirkan dari rahim seorang ibu yang beragama Islam, maka orang lain tidak berhak untuk hidup dan menyatakan pendirian mereka?
GB ingin bertanya, taqdirnya dahulu jika anda-anda yang sewenang-wenangnya mengkafirharbikan orang bukan Islam, dilahirkan dari rahim seorang ibu bukan Islam, bagaimanakah agaknya sikap anda hari ini?
GB ingin bertanya, taqdirnya dahulu jika anda-anda yang membenci bukan Islam itu dilahirkan dari rahim seorang ibu bukan Islam, apakah anda-anda tidak akan menyentuh makanan yang diharamkan Islam seperti babi, arak dan sebagainya? Silap gaya andalah orang yang paling banyak melahap babi dan paling ke depan di dalam menentang hudud.
Dan anda bernasib baik kerana dilahirkan seorang Islam. Maka itu bersyukurlah dan jangan memandang rendah kepada orang lain yang tidak seagama dengan anda. Anda yang akan dipertanggungjawabkan jika anda tidak menyampaikan dakwah kepada mereka. Kita di suruh untuk berdakwah, bukan untuk menyemarakkan keganasan dan peperangan.
Itu sebab mengapa Islam mengajar kita untuk tidak "menghina" orang yang bukan dari kelompok kita. Tidak menghina ugama lain, tidak menghina "tuhan-tuhan" agama lain. Lihat ayat-ayat ini:
(2:148) Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadaNya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(10:99) Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?
(49:11) Hai orang-orang yg beriman, janganlah sekumpulan org laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(6:107) Dan kalau Allah menghendaki, niscaya mereka tidak memperkutukan(Nya). Dan Kami tidak menjadikan kamu pemelihara bagi mereka; dan kamu sekali-kali bukanlah pemelihara bagi mereka.
(6:108) Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
(16:125) Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dgn cara yg baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yg lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang2 yang mendapat petunjuk.
Justeru itu, amat menghairankan samada PAS atau UMNO, kedua-duanya kini berlumba-lumba menyamarakkan api perkauman dan keganasan dibantu oleh agen utamanya bernama Utusan Malaysia. Apakah ini yang diajarkan oleh Islam?
Dan jangan lupa di dala gerakan menentang kepalsuan dan kezaliman, AL-Quran dengan indah mencatatkan bahawa:
"Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani (Kristian)." Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri." (Q.S. Al-Ma'idah, 82)
Hukum kebenaran dan keadilan pasti berjalan dan menghukum mereka yang melampaui batas ini dengan menghantar mereka ke lembah kehancuran dan kemusnahan sebelum mereka menghancur dan memusnahkan keharmonian dan keamanan negara.
Ini juga mengingatkan kita mengenai kata-kata Ibnu Sina seperti berikut:
FEATURED ADS

Demikianlah Artikel Isu Hannah Yeoh, KANUN Libas Kenyataan Pensyarah
Sekianlah artikel Isu Hannah Yeoh, KANUN Libas Kenyataan Pensyarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu Hannah Yeoh, KANUN Libas Kenyataan Pensyarah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/isu-hannah-yeoh-kanun-libas-kenyataan.html