Khairuddin, Chang mahu saman Najib

Khairuddin, Chang mahu saman Najib - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khairuddin, Chang mahu saman Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khairuddin, Chang mahu saman Najib
link : Khairuddin, Chang mahu saman Najib

Baca juga


Khairuddin, Chang mahu saman Najib

Hafiz Yatim


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang dijangka memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penahanan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Peguam Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin berkata beliau telah diarahkan untuk memfailkan surat tuntutan kepada Najib, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Kesemua mereka telah mengeluarkan kenyataan terhadap pelanggan saya Khairuddin berikutan penangkapan di bawah Sosma.

"Tuntutan itu adalah dakwaan berniat jahat, fitnah dan penahanan menyalahi undang-undang yang kedua-dua mereka hadapi, yang membawa kepada pertuduhan itu," kata Haniff kepada pemberita selepas kes itu.

Beliau berkata saman itu akan difailkan selepas surat tuntutan disediakan dan selepas Najib membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang.

Ini, katanya, adalah untuk memastikan bahawa isu 1MDB akan digunakan semasa kempen pilihan raya umum.

Hari ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan Khairuddin dan Chang atas tuduhan mensabotaj ekonomi negara apabila hadir di balai polis di lima buah negara untuk membuat laporan terhadap 1MDB.

Mahkamah Tinggi pada 18 November tahun lalu, membenarkan Khairuddin dan Chang diikat jamin selepas memutuskan bahawa tuduhan yang dihadapi mereka bukan kesalahan keselamatan dan tidak tertakluk di bawah Sosma.



Demikianlah Artikel Khairuddin, Chang mahu saman Najib

Sekianlah artikel Khairuddin, Chang mahu saman Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khairuddin, Chang mahu saman Najib dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/khairuddin-chang-mahu-saman-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :