Judul : Lagi Exco PAS nafi ura-ura tubuh kerajaan campuran di Selangor
link : Lagi Exco PAS nafi ura-ura tubuh kerajaan campuran di Selangor
Lagi Exco PAS nafi ura-ura tubuh kerajaan campuran di Selangor
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Seorang Exco PAS Selangor hari ini tampil menyangkal dakwaan kononnya parti itu akan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) dan wakil Bebas untuk membentuk kerajaan campuran di negeri itu susulan keputusan Muktamar PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib menegaskan PAS tetap akan memikul mandat sebagaimana amanah rakyat yang memilih kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya lalu.
"Bagi PAS, kita masih memegang mandat rakyat, dan saya kira semua yang ada dalam kerajaan (negeri) hari ini adalah merupakan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat atas nama Pakatan Rakyat (PR).
"Sekarang adalah tempoh untuk kita melunaskan amanat dan tanggungjawab itu.
"Sekarang ini kerajaan berjalan dengan baik seperti biasa, dan desas-desus itu merupakan fitnah," katanya kepada Antarapos.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin wujud gerakan untuk mengambil alih kuasa dalam kerajaan negeri, yang konon turut disertai beberapa ADUN PKR, ADUN Bebas dan ADUN Umno.
Baru-baru ini tersebar mesej di media sosial menyatakan empat ADUN PKR akan 'lompat parti' untuk menubuhkan kerajaan campuran yang baru.
Ia semakin bertiup kencang apabila dikhabarkan empat ADUN PKR termasuk dua ADUN Bebas itu berkunjung ke Istana Selangor pada petang Rabu bagi menghadap Sultan Selangor untuk menyatakan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali.
Empat ADUN PKR yang dinamakan itu ialah Batu Tiga, Rodziah Ismail; ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi; ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad dan ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari.
PKR bagaimanapun menepis dakwaan ahlinya bakal 'lompat parti' dan menyifatkan ia agenda Umno-BN.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad turut menafikan akan berlaku peralihan kuasa di negeri itu susulan keputusan Muktamar PAS Pusat baru-baru ini.
Dalam pada itu, Zaidy yang juga ADUN Taman Templer enggan mengulas sama ada PAS akan mempertimbangkan idea kerajaan campuran di Selangor pada masa akan datang.
"Kita tak mahu bercakap mengenai 'jika', 'kalau'...sekarang ini kerajaan masih ada berjalan dengan baik, kenapa kita perlu fikir tentang 'kalau', 'jika' dan sebagainya. Teruskan berkhidmat, rakyat nak lihat kita bekerja," katanya lagi.
Demikianlah Artikel Lagi Exco PAS nafi ura-ura tubuh kerajaan campuran di Selangor
Sekianlah artikel Lagi Exco PAS nafi ura-ura tubuh kerajaan campuran di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lagi Exco PAS nafi ura-ura tubuh kerajaan campuran di Selangor dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/lagi-exco-pas-nafi-ura-ura-tubuh.html