MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris

MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris
link : MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris

Baca juga


MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris

Pekerja tempatan dikatakan penutur bahasa Inggeris yang teruk berbanding pekerja Myanmar dan Filipina adalah tidak adil dan mematahkan semangat pekerja tempatan.


solomon

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, tidak adil untuk syarikat di negara ini membuat kesimpulan pekerja tempatan lemah dalam bahasa Inggeris sehingga menyebabkan mereka tidak diberi keutamaan ketika mencari kerja.

Setiausaha Agungnya, J Solomon menyifatkan ia tidak adil.

“Tidak dinafikan standard bahasa Inggeris di kalangan pekerja Malaysia merosot berbanding 30 tahun lalu.

“Tetapi, untuk Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) kata pekerja tempatan adalah penutur bahasa Inggeris yang teruk berbanding pekerja Myanmar dan Filipina adalah tidak adil dan ia mematahkan semangat pekerja tempatan,” katanya.

Ahad lalu, MEF berkata, kebanyakan syarikat mengambil pekerja asing yang fasih berbahasa Inggeris untuk mengisi kekosongan dalam sektor jualan dan perkhidmatan kerana pekerja tempatan tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

“Malah, untuk jawatan jualan yang mudah, kita bergantung kepada pekerja dari Myanmar dan Filipina untuk mengisi kekosongan itu.

“Kita selalu menghadapi masalah mengisi kekosongan yang memerlukan penduduk tempatan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Ini tidak baik untuk kita,” kata Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan.

Shamsuddin menasihatkan pekerja tempatan mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.

Solomon berkata, daripada mengadu pekerja tempatan tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik, majikan sepatutnya menyediakan latihan dan kelas untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pekerja mereka.

“Mereka mempunyai tanggungjawab terhadap pekerja mereka. Bagaimana pekerja boleh maju jika mereka tidak belajar?” soalnya.

Solomon berkata, apa yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya sempena Hari Pekerja semalam ialah apa yang kumpulan peniaga tekankan selama ini.

“Pekerja asing hanya untuk melengkapkan pekerja tempatan dan tidak sepatutnya dibawa masuk bagi menggantikan pekerja tempatan,” kata Solomon.

Semalam, Najib menyeru syarikat di negara ini memberi keutamaan kepada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan.

“Beri peluang kepada pekerja Malaysia, jika boleh. Jangan hanya menawarkan pekerjaan kepada orang asing. Beri keutamaan kepada pekerja tempatan,” kata beliau yang dipetik Bernama.



Demikianlah Artikel MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris

Sekianlah artikel MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MTUC: Tak adil dakwa pekerja tempatan tak fasih Inggeris dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/mtuc-tak-adil-dakwa-pekerja-tempatan.html

Subscribe to receive free email updates: