Judul : Rafizi diminta mohon maaf atau dikenakan tindakan
link : Rafizi diminta mohon maaf atau dikenakan tindakan
Rafizi diminta mohon maaf atau dikenakan tindakan
THE MALAYSIAN TIMESKUALA TERENGGANU: “Mohon maaf atau dikenakan tindakan undang-undang”, itulah kata dua yang diberikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek terhadap Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Wan Abd Malik berkata tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap institusi kehakiman syariah baru-baru ini merupakan satu penghinaan kepada institusi itu serta hakim-hakim mahkamah syariah.
Tuduhan tidak berasas itu juga katanya, mampu mewujudkan kekeliruan serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kehakiman syariah sekali gus merendahkan martabat hakim-hakim mahkamah syariah.
“Jadi kita minta Rafizi menarik balik kenyataan itu atau memohon maaf secara terbuka. Kita berikan tempoh masa sebulan untuknya berbuat demikian sebelum tindakan undang-undang diambil.
“Ia juga satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu yang telah melantik hakim mahkamah syariah sekal igus merendahkan reputasi mereka di mata masyarat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu hari ini.
Wan Abd Malik membuat laporan polis terhadap Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kenyataan yang dibuat Rafizi dalam program ‘Parlimen Olok-olok’ pada 10 April lepas, bahawa pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 1965 (RUU 355) yang dibentang Anggota Parlimen Marang, yang tidak menyentuh soal kenaikan gaji hakim mahkamah syariah akan meningkatkan risiko pengambilan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan hakim mahkamah syariah.
Jelasnya ini juga bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada Rafizi agar tidak bermulut celupar dengan mudah melakukan penghinaan terdapat mana-mana organisasi.
Wan Abd Malik yang juga Ahli Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Seluruh Malaysia menegaskan perkara berkaitan agama tidak sepatutnya dipolitikkan dan kenyataan yang dikeluarkan itu (oleh Rafizi) adalah untuk kepentingan dirinya semata-mata.
“Laporan ini dibuat kerana kenyataan Rafizi itu merupakan satu serangan ke atas integriti institusi kehakiman syariah dan perlu disiasat di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah,” katanya.–Bernama
Demikianlah Artikel Rafizi diminta mohon maaf atau dikenakan tindakan
Sekianlah artikel Rafizi diminta mohon maaf atau dikenakan tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafizi diminta mohon maaf atau dikenakan tindakan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/rafizi-diminta-mohon-maaf-atau.html