19 Jun keputusan lucut jawatan Adun Pujut

19 Jun keputusan lucut jawatan Adun Pujut - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 19 Jun keputusan lucut jawatan Adun Pujut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 19 Jun keputusan lucut jawatan Adun Pujut
link : 19 Jun keputusan lucut jawatan Adun Pujut

Baca juga


19 Jun keputusan lucut jawatan Adun Pujut

BERNAMA

 Chong Siew Chiang


Keputusan berhubung saman difailkan Dr Ting Tiong Choon daripada DAP terhadap perlucutan kelayakannya sebagai Adun Pujut akan diketahui pada 19 Jun, sehari sebelum hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Pujut.

Peguam, Chong Siew Chiang yang mengetuai barisan peguam mewakili Dr Ting, memberitahu pemberita, Hakim Mahkamah Tinggi Douglas Cristo Primus Sikayun menetapkan tarikh itu di dalam kamar.

Beliau berkata, hakim menetapkan Selasa ini untuk semua pihak menyerahkan fakta kes dan Khamis dan Jumaat (15 dan 16 Jun) bagi hujahan oleh kedua-dua pihak.

"Masa amat penting, semuanya perlu diputuskan membabitkan kes ini sebelum hari penamaan calon (PRK Dun Pujut)," kata Siew Chiang.

Dr Ting memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dua hari lepas bagi memohon pengisytiharan bahawa usul oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak pada 12 Mei untuk melucutkan kelayakannya sebagai Adun adalah tidak sah dan batal.

Beliau menamakan Speaker Dun Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai defendan pertama, Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Dr Wong Soon Koh sebagai defendan kedua, Dun Sarawak, kerajaan Sarawak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masing-masing sebagai defendan ketiga, keempat dan kelima.

Dr Ting memohon diisytiharkan bahawa pelucutan kelayakannya sebagai Adun kawasan Pujut oleh Speaker Dun, susulan usul dikemukakan defendan kedua pada 12 Mei dan diterima oleh sidang Dun dan speaker adalah tidak sah dan tidak memberi kesan kerana bersifat ultra vires.

Siew Chiang berkata, pihaknya akan berhujah bahawa Dun tidak mempunyaii bidang kuasa untuk melucutkan kelayakan Adun yang dipilih dan bahawa Dr Ting telah tidak diberikan masa yang cukup untuk mempertahankan dirinya.'

SPR menetapkan PRK Pujut diadakan pada 4 Julai dan penamaan calon pada 20 Jun.



Demikianlah Artikel 19 Jun keputusan lucut jawatan Adun Pujut

Sekianlah artikel 19 Jun keputusan lucut jawatan Adun Pujut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 19 Jun keputusan lucut jawatan Adun Pujut dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/19-jun-keputusan-lucut-jawatan-adun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :