Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup

Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup
link : Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup

Baca juga


Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup

MALAYSIAKINI


Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini memaklumkan peningkatan kos sara hidup antara punca pertambahan jumlah asnaf fakir dan miskin di negeri itu.

Menurut mimbar, jumlah golongan asnaf fakir dan miskin di Selangor meningkat sebanyak 2,207 keluarga pada tahun 2016 menjadi 46,500 keluarga berbanding tahun sebelumnya.

"Peningkatan sebanyak 2,207 keluarga fakir miskin ini mendorong kepada peningkatan bantuan dan keutamaan pengagihan zakat kepada mereka berbanding asnaf-asnaf yang lain.

"Pertambahan jumlah asnaf fakir dan miskin di Selangor ini kerana beberapa faktor antaranya ialah peningkatan kos sara hidup yang membebankan dan berlakunya pemberhentian kakitangan secara beramai-ramai akibat daripada pihak majikan yang ingin menurunkan kos operasi," menurut teks khutbah.

Sementara itu, mimbar juga mengingatkan sidang Jumaat segera melunaskan kewajipan zakat fitrah demi beroleh ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada golongan fakir dan miskin.

Di samping itu, mimbar berkata sidang Jumaat juga harus memastikan segala harta yang diwajibkan zakat telah dizakatkan.

"Selain itu pastikan juga sumber pendapatan, perniagaan yang diusahakan, pengeluaran wang dari simpanan KWSP dan lain-lain juga telah selesai dizakatkan," kata mimbar dalam teks khutbah bertajuk “Zakat; Menyucikan Jiwa Menyuburkan Harta”.

Berdasarkan laporan kutipan dan agihan zakat fitrah Selangor, pada tahun 2016 sebanyak RM22.2 juta telah diperoleh daripada umat Islam yang menunaikan zakat fitrah.

Pada tahun yang sama, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengagihkan sebanyak RM32 juta kepada 46,500 keluarga asnaf fakir dan miskin di negeri itu

LZS juga turut menyasarkan kutipan zakat RM700 juta pada tahun ini, untuk menampung agihan sebanyak RM670 juta.




Demikianlah Artikel Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup

Sekianlah artikel Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/jumlah-asnaf-miskin-meningkat-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :