Judul : Korbankan Aidilfitri demi kucing
link : Korbankan Aidilfitri demi kucing
Korbankan Aidilfitri demi kucing
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Barangkali kita biasa mendengar golongan yang terpaksa bekerja pada Hari Raya Aidilfitri terdiri daripada mereka yang terlibat dalam bidang keselamatan seperti polis, bomba, tentera dan sebagainya.
Mungkin ada pemilik kedai haiwan akan menyerahkan sepenuhnya tugas menjaga haiwan-haiwan ini kepada pekerja mereka, tetapi tidak bagi wanita bernama Yong Seluwati Alias ini.
Lebih mesra disapa sebagai Kakyong, pemilik Erul Catscare Palace-Catshop & Hotel Kucing ini mengakui sudah lapan kali tidak menyambut Aidilfitri di kampung halaman, sejak perniagaan dimulakan pada 2009.
Wanita berusia 42 tahun ini lebih selesa memantau sendiri kucing-kucing pelanggan yang dihantar menginap di kedainya, di samping bantuan para pekerja.
Dan, Aidilfitri ini merupakan tahun kesembilan Kakyong akan beraya bersama 'keluarga keduanya'.
Mengakui perasaan sedih tetap bertandang apatah lagi tatkala mendengar laungan takbir, namun menurut Kakyong, inilah yang dinamakan sebagai pengorbanan.
"Tapi nak buat macam mana, pengorbanan lah. Keluarga dah faham. Yang bercakap tu, biasalah. Tapi kita tahu apa yang kita buat, kita cakap kita buat kerja ini dan minta izin mak ayah kita. Izin tu penting," katanya yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak.
Membangunkan perniagaan bersama suami, Khairul Ahmad Saffar, 35, Erul Catscare Palace-Catshop & Hotel Kucing ini mempunyai pelbagai perkhidmatan selain 'boarding', iaitu 'grooming', 'breeding' atau mengahwinkan baka kucing, dan juga menjual segala macam keperluan untuk untuk si comel.
Mengimbas kembali bagaimana tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan ini, menurut Kakyong, ia bermula apabila dia dan suami 'pening' memikirkan kos 'boarding' kucing peliharaan sendiri yang berjumlah 28 ekor pada ketika itu.
"Bermula 2009, puncanya, saya masa itu sudah ada 28 ekor kucing sendiri. Terfikir kos tinggi (untuk boarding), takkan saya nak bawa balik kampung semua. Sebelum ini jumlah sikit saya bawa pulang, jadi 28 ekor tak mampu. jadi terfikir Cina boleh buat, kenapa Melayu tak boleh buat?," katanya sambil menambah, idea tersebut pada mulanya diragui oleh sang suami.
Berbekalkan keberanian, pasangan suami isteri ini mencuba nasib membuka perkhidmatan hotel kucing, dan tanpa disangka, sambutan yang diterima sungguh menggalakkan.
"Kita mula buka boarding menerusi mudah.my. Banyak dapat permintaan, sampai tak cukup kandang, ada yang mahu bawa kandang sendiri. Bermula dari situ, sampai lah sekarang tak ada cuti.
"Saya fikir, benda ni kita buat yang orang pun boleh tumpang letak. Itu puncanya, ia (idea) spontan datang tapi kena berkorban, tak boleh raya," kata Kakyong.
Hampir sembilan tahun bertapak, kini Erul Catscare Palace-Catshop & Hotel Kucing sudah mempunyai empat cawangan iaitu di Seksyen U16, Seksyen 13 (Shah Alam), Desa Coalfield (Sungai Buloh) dan Kuala Kangsar.
Rata-rata pelanggannya adalah pelanggan tetap, yang percaya dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Erul Catscare Palace-Catshop & Hotel Kucing sejak ia mula bertapak pada 2009 lagi.
Ketika ditanya rahsia kedainya sentiasa mendapat sambutan, ujar Kakyong, apa yang paling dititikberatkan ialah perkhidmatan.
"Kita jaga servis, kita jaga 'PR' dengan pelanggan. Pelanggan yang berpuashati dia akan ulang lagi hantar dengan kita.
"Memang dia akan cuba tempat baru, kalau tempat baru itu lebih bagus, dia akan tinggalkan kita tapi kalau tempat baru itu dia tak puas hati, dia patah balik kepada kita. Kita pastikan kucing yang dihantar kepada kita, sebelum balik, berat badannya tak turun," ujarnya penuh makna.
Demikianlah Artikel Korbankan Aidilfitri demi kucing
Sekianlah artikel Korbankan Aidilfitri demi kucing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Korbankan Aidilfitri demi kucing dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/korbankan-aidilfitri-demi-kucing.html