'Tok Mat' Bakal TPM Dan Khairy Will Return? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Tok Mat' Bakal TPM Dan Khairy Will Return?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
'Tok Mat' Bakal TPM Dan Khairy Will Return?link :
'Tok Mat' Bakal TPM Dan Khairy Will Return?
Baca juga
'Tok Mat' Bakal TPM Dan Khairy Will Return?
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Rembau yang juga Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, antara yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi 'orang nombor dua' negara.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa jawatan orang nombor dua negara iaitu Timbalan Perdana Menteri (TPM) bakal diisi oleh parti rakan kerajaan perpaduan daripada Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Pada masa sama, beberapa kementerian strategik juga mungkin akan diisi oleh beberapa tokoh besar daripada BN serta GPS dengan kombinasi pemimpin daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).
Sumber Umno menyatakan, beberapa kementerian akan diisi oleh pemimpin daripada BN antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan atau Kementerian Dalam Negeri dan beberapa kementerian strategik lain.
"Berdasarkan perbincangan sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kementerian akan diisi oleh pemimpin daripada BN termasuk beberapa kementerian kanan.
"Jawatan TPM nampaknya akan diisi oleh orang nombor dua Umno iaitu Tok Mat (Mohamad Hasan).
"Wakil PH ada menyatakan hasrat dengan Umno untuk melantik dua pemimpin muda daripada BN sebagai senator dan menjawat jawatan penting dalam kementerian," katanya.
Menurut sumber, dua pemimpin muda itu adalah bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan.
"Mereka (PH) kagum dengan kepakaran dan cara kerja dua pemimpin ini walaupun kedua-duanya tewas dalam perebutan kerusi Parlimen masing-masing di Sungai Buloh dan Alor Gajah.
"Bagaimanapun, kita tunggu keputusan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dan mungkin juga ada siri perbincangan dengan kepimpinan tertinggi BN serta GPS dalam masa terdekat," katanya.
Terdahulu, Anwar menyatakan bahawa kerajaan perpaduan yang diterajuinya dianggotai oleh PH sebagai blok terbesar diikuti dengan BN serta GPS.
Anwar turut mengalu-alukan penyertaan daripada Perikatan Nasional (PN) sekali gus mengembalikan kestabilan politik di negara ini - mYMetro
Demikianlah Artikel 'Tok Mat' Bakal TPM Dan Khairy Will Return?
Sekianlah artikel 'Tok Mat' Bakal TPM Dan Khairy Will Return? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Tok Mat' Bakal TPM Dan Khairy Will Return? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/11/tok-mat-bakal-tpm-dan-khairy-will-return.html