Raja Muda Perlis: Ramadhan masa sesuai henti tabiat merokok

Raja Muda Perlis: Ramadhan masa sesuai henti tabiat merokok - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Raja Muda Perlis: Ramadhan masa sesuai henti tabiat merokok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Raja Muda Perlis: Ramadhan masa sesuai henti tabiat merokok
link : Raja Muda Perlis: Ramadhan masa sesuai henti tabiat merokok

Baca juga


Raja Muda Perlis: Ramadhan masa sesuai henti tabiat merokok

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar usaha lebih serius dapat dilakukan bagi menyedarkan para perokok di negeri ini segera menghentikan tabiat menghisap rokok.
 
Dalam pada itu titah baginda, masa yang paling sesuai bagi setiap perokok untuk melatihkan diri meninggalkan amalan merokok ialah pada bulan puasa seperti sekarang.
 
"Kalau kita berpuasa 14 jam sehari dan selama itu jugalah para perokok mampu mengawal diri mereka tidak merokok, apalah salahnya selepas berbuka puasa diteruskan untuk tidak merokok sehingga keesokan harinya," titah Raja Muda.
 
Terdahulu baginda melancarkan kempen 'Amalan Merokok: Ancaman Kepada Generasi Masa Depan Negara' peringkat negeri Perlis dan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim anjuran Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kesihatan Negeri di Masjid Negeri di sini malam tadi.
 
Beliau turut memetik hasil kajian yang pernah dibuat yang menyatakan 95 peratus perokok menyatakan lebih mudah mereka berhenti merokok pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain.
 
Titah baginda, mesej-mesej berkaitan bahaya amalan merokok hendaklah sentiasa diuar-uarkan terutama di sekolah-sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), masjid dan surau di seluruh negeri Perlis untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengelakkan diri daripada menjadi perokok bagi menjaga kesihatan diri.
 
Anggota jawatankuasa masjid yang merokok pula, tambah baginda, harus mula sedar dan mengambil inisiaitif ke atas diri sendiri untuk turut sama-sama berhenti merokok memandangkan mereka merupakan antara contoh terbaik di kaca mata masyarakat dan perlu mempamerkan teladan yang baik.
 
Baginda berpendapat kekuatan institusi kekeluargaan penting sebagai sumber sokongan utama sama ada bagi perokok yang ingin berhenti merokok mahupun bagi setiap individu dalam keluarga tersebut untuk lebih menghargai dan mensyukuri nikmat kesihatan diri mereka.
 
 


Demikianlah Artikel Raja Muda Perlis: Ramadhan masa sesuai henti tabiat merokok

Sekianlah artikel Raja Muda Perlis: Ramadhan masa sesuai henti tabiat merokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Raja Muda Perlis: Ramadhan masa sesuai henti tabiat merokok dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/raja-muda-perlis-ramadhan-masa-sesuai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :