Haji: Penerbangan pertama ke Tanah Suci berlepas 24 Julai

Haji: Penerbangan pertama ke Tanah Suci berlepas 24 Julai - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Haji: Penerbangan pertama ke Tanah Suci berlepas 24 Julai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Haji: Penerbangan pertama ke Tanah Suci berlepas 24 Julai
link : Haji: Penerbangan pertama ke Tanah Suci berlepas 24 Julai

Baca juga


Haji: Penerbangan pertama ke Tanah Suci berlepas 24 Julai

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KEPALA BATAS: Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan rapi dan bersedia menyambut ketibaan 30,200 jemaah haji yang akan menunaikan Rukun Islam kelima untuk musim haji 1438H itu di Tanah Suci bermula bulan ini.
 
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata persiapan rapi itu membabitkan semua perkara terutama dari segi penginapan di hotel, makanan serta petugas TH dalam usaha memastikan semua jemaah selesa sepanjang menunaikan ibadah haji.
 
“Setakat ini, persiapan TH di Tanah Suci semuanya berjalan lancar kerana kami telah membuat persiapan awal sejak beberapa bulan lepas.
 
“Malah petugas-petugas kita telah mula ke sana sejak 12 Julai lepas dan pada tahun ini 600 petugas TH ditugaskan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan jemaah Malaysia di Tanah Suci,” katanya kepada Bernama selepas perasmian Kursus Perdana Haji Musim 1438H/2017M peringkat Pulau Pinang, di sini malam tadi.
 
Kursus dua hari membabitkan 1,082 jemaah haji di Dewan Milenium, di sini itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.
 
Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan Haji TH berkata kursus itu bertujuan memberi gambaran awal buat bakal jemaah mengenai keadaan sebenar ibadah itu sebelum mereka ke Tanah Suci.
 
Katanya kursus perdana yang diadakan di seluruh negara itu adalah latihan terakhir anjuran TH sebagai usaha meningkatkan tahap pengetahuan jemaah berkaitan ibadah haji terutama dari segi praktikal.
 
“Kehadiran jemaah di kursus perdana di seluruh negara juga sangat baik…ada (jemaah) juga yang tidak hadir tetapi ia jumlah yang kecil serta bersebab dan mereka tidak perlu bimbang kerana petugas TH akan membantu memberikan maklumat dari semasa ke semasa,” katanya.
 
Penerbangan pertama akan berlepas pada 24 Julai ini sementara penerbangan terakhir dijangka pada 25 Ogos dan semua jemaah haji negara dijadualkan pulang semula ke tanah air pada 7 September dan penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah pada 4 Oktober.
 
 


Demikianlah Artikel Haji: Penerbangan pertama ke Tanah Suci berlepas 24 Julai

Sekianlah artikel Haji: Penerbangan pertama ke Tanah Suci berlepas 24 Julai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Haji: Penerbangan pertama ke Tanah Suci berlepas 24 Julai dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/haji-penerbangan-pertama-ke-tanah-suci.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :