Dr M: Azmin ada kredibiliti jadi PM, cuma tidak terpilih

Dr M: Azmin ada kredibiliti jadi PM, cuma tidak terpilih - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M: Azmin ada kredibiliti jadi PM, cuma tidak terpilih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M: Azmin ada kredibiliti jadi PM, cuma tidak terpilih
link : Dr M: Azmin ada kredibiliti jadi PM, cuma tidak terpilih

Baca juga


Dr M: Azmin ada kredibiliti jadi PM, cuma tidak terpilih

 
Dr Mahathir menerima tidak semua orang akan boleh mempercayai dirinya. 


mahathir_azmin-ali_600


CYBERJAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada kredibiliti untuk dipilih sebagai perdana menteri, cuma tidak terpilih dalam proses pemilihan majlis presiden Pakatan Harapan, kata Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, pemberita bertanyakan pandangannya terhadap Azmin memandangkan Dr Mahathir sebelum ini keberatan untuk menerima cadangan menamakan beliau sebagai perdana menteri gabungan itu.

PKR Selangor, yang dipengerusikan oleh Azmin, secara terbuka membantah dan mengkritik keputusan majlis presiden PH yang diumumkan Ahad lepas.

“Sudah tentu dia mempunyai kredibiliti untuk menjadi perdana menteri tetapi dia tidak dipilih. Bukan sahaja perlu kredibiliti, tetapi mesti juga dipilih,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Bicara Wawasan 2020 hari ini.

“Berbeza dengan saya yang tidak mempunyai kredibiliti tetapi mereka memilih saya,” tambahnya.

Majlis presiden PH mahu menggandingkan Dr Mahathir, di mana partinya dilihat paling berpeluang tinggi untuk meraih undi orang Melayu, dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.

Namun, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengakui kecewa dengan keputusan majlis presiden PH dan berkata mereka seolah-olah tidak mampu menamakan calon perdana menteri “selepas 20 tahun berjuang”.

Selain Zuraida dan PKR Selangor, anak perempuan veteran DAP Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo, turut mempertikaikan keputusan majlis presiden PH dan berkata ia akan membawa kepada kelahiran semula “Mahathirisme”.

“Semua orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. Saya tidak berharap semua orang untuk menyokong dan mempercayai saya,” kata Dr Mahathir.

Pada masa yang sama, Dr Mahathir dengan penuh sindiran mengakui dirinya sama seperti bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, 94, yang memerintah negara selatan Afrika itu secara kuku besi selama 37 tahun.

“Sudah tentu saya sama seperti dia tetapi dia tidak meletakkan jawatan, saya pula buat kesilapan iaitu dengan meletakkan jawatan,” katanya.

Dr Mahathir, 93, mentadbir Malaysia selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003. Robert Mugabe, yang memerintah Zimbabwe dari 1980 diturunkan dengan gabungan ahli parti sendiri dan kekuatan tentera tahun lepas.

Semalam, Azmin ketika ditanya mengenai bantahan terhadap pencalonan Dr Mahathir berkata ia adalah suara akar umbi parti dan “agenda reformasi yang diperjuangkan 20 tahun ini janganlah mudah dimatikan dan harus diraikan.”

Beliau menambah saranan oleh majlis presiden PH harus dilaksanakan.



Demikianlah Artikel Dr M: Azmin ada kredibiliti jadi PM, cuma tidak terpilih

Sekianlah artikel Dr M: Azmin ada kredibiliti jadi PM, cuma tidak terpilih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M: Azmin ada kredibiliti jadi PM, cuma tidak terpilih dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/dr-m-azmin-ada-kredibiliti-jadi-pm-cuma.html

Subscribe to receive free email updates: