Judul : Langkah imigresen halang anak tanpa kerakyatan ke sekolah terus dikecam
link : Langkah imigresen halang anak tanpa kerakyatan ke sekolah terus dikecam
Langkah imigresen halang anak tanpa kerakyatan ke sekolah terus dikecam
Aktivis kanak-kanak dan pertubuhan hak asasi berkata Malaysia melanggari Konvensyen Hak Kanak-Kanak PBB yang ditandatanganinya.
PETALING JAYA: Pelbagai pihak mengkritik tindakan sebuah sekolah di Negeri Sembilan menghalang seorang kanak-kanak memulakan sesi pengajian Tahun 1 disebabkan ketiadaan pasport.
Seorang aktivis hak asasi kanak-kanak berkata ia mengengkari arahan menteri pendidikan baru-baru ini untuk membenarkan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan bersekolah.
“Jika arahan menteri diambil kira dan dipandang serius, kanak-kanak ini tidak akan berada di dalam situasi sekarang,” kata Scott J Wong, yang mengetuai Pertubuhan Kebajikan Suriana Malaysia, badan yang menggabungkan beberapa pertubuhan amal dan kebajkan.
Pada 6 Januari, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kanak-kanak tanpa kewarganegaraan boleh menghadiri sesi persekolahan walaupun permohonon kerakyatan mereka masih dalam proses.
Bagaimanapun, pada minggu pertama persekolahan, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Seremban dihalang untuk menghadiri sesi persekolahan kerana tidak memiliki pasport, berdasarkan polisi baru dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Keluarga angkat kanak-kanak berkenaan sudah memohon kerakyatan anak yang mereka ambil secara sah, dan menunggu kelulusan.
Wong mempersoalkan tindakan pihak imigresen melarang kanak-kanak tanpa kerakyatan untuk bersekolah.
“Mereka tidak mempunyai hak, sepatutnya ia terletak di tangan Kementerian Pendidikan kerana hanya mereka mempunyai akses untuk membenarkan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan bersekolah.
“Atas dasar apakah mereka mencampuri urusan ini?” soalnya.
Langgar konvensyen PBB
Sebuah kumpulan hak asasi berkata tindakan menghalang kanak-kanak itu melanggari Konvensyen Hak Kanak-Kanak di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tanpa mengira status dokumentasi dan kewarganegaraan mereja.
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) menggesa kerajaan mengarahkan pembatalan serta-merta sebarang arahan untuk menghalang kanak-kanak seumpama itu daripada bersekolah.
“Malaysia menandatangani Konvensyen Hak Kanak-Kanak dan menjadi kewajipan di pihak kerajaan mematuhi komitmennya untuk pembelaan dan kebajikan semua kanak-kanak,” kata Pengerusi Proham, Datuk Kuthubul Zaman dan setiausaha agungnya Ivy Josiah, dalam kenyataan kepada FMT.
Sebelum ini, Suaram turut mempersoalkan dasar imigresen.
“Ini mengejutkan apabila agensi penguat kuasa mampu mengatasi dasar yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan mengenai isu akses ke sekolah dan pendidikan,” kata Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy.
Sementara itu, Wong berkata persekolahan untuk kanak-kanak tanpa kerakyatan penting supaya mereka tidak terlibat dengan masalah sosial di samping memupuk perasaan setia kepada negara.
“Mereka ini tidak bersalah, kadang-kala ibu bapa bertindak membuang anak mereka, tetapi apakah salah kanak-kanak ini?” katanya.
Dipercayai kira-kira 300,000 kanak-kanak lain ketika ini tidak mempunyai kewarganegaraan masih tidak dibenarkan mendapat pendidikan di sekolah.
Wong turut bersetuju tindakan imigresen itu menunjukkan Malaysia tidak mematuhi konvensyen kanak-kanak PBB.
“Jika Malaysia mematuhi persetujuan yang dicapai dalam konvensyen, tidak akan ada masalah untuk 300,000 kanak-kanak berkenaan.
Perkara 28 konvensyen itu menyatakan negara terlibat harus mengiktiraf hak kanak-kanak mendapatkan pendidikan.
Demikianlah Artikel Langkah imigresen halang anak tanpa kerakyatan ke sekolah terus dikecam
Sekianlah artikel Langkah imigresen halang anak tanpa kerakyatan ke sekolah terus dikecam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Langkah imigresen halang anak tanpa kerakyatan ke sekolah terus dikecam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/langkah-imigresen-halang-anak-tanpa.html