PKR Kelantan sedia tanding 15 kerusi DUN

PKR Kelantan sedia tanding 15 kerusi DUN - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Kelantan sedia tanding 15 kerusi DUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Kelantan sedia tanding 15 kerusi DUN
link : PKR Kelantan sedia tanding 15 kerusi DUN

Baca juga


PKR Kelantan sedia tanding 15 kerusi DUN

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: PKR Kelantan menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berharap diberi peluang oleh Pakatan Harapan (PH) negeri.
 
Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir berkata, selain dari mengekalkan lima kerusi DUN sedia ada PKR turut memohon 10 lagi tambahan kerusi DUN.
 
Menurutnya ia selari dengan semangat dalam PH untuk bersama mengembleng tenaga menempuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
 
"Sebelum ini PKR Kelantan telah bersetuju hanya bertanding dua kerusi parlimen sahaja iaitu Tanah Merah dan Pasir Mas dan menyerahkan kerusi parlimen Ketereh, Machang dan Tumpat kepada Bersatu (PPBM) secara bertulis kepada PKR pusat.
 
"Justeru ada kewajaran dengan perkembangan ini setiap parti diberi ruang yang sewajarnya. Tambahan pula negeri Kelantan mempunyai 45 DUN dan diharapkan pimpinan HARAPAN (PH)  boleh bersetuju dengan pengagihan ini," katanya dalam kenyataan kepada media di Kota Bharu hari ini.
 
Sebagai rekod, pengagihan kerusi DUN Kelantan antara parti dalam PH setakat ini belum dimuktamadkan.
 
Bagaimanapun, Parti Amanah Negara (Amanah) dikatakan bakal bertanding majoriti kerusi DUN negeri itu berbanding rakan-rakan parti yang lain.
 
Sementara itu, Ab Aziz berkata, PKR juga sedang berusaha memperkenalkan bakal calon berpotensi di peringkat DUN yang telah dikenal pasti terdiri dari mereka yang mempunyai latar belakang yang baik dan dikenali.
 
"PKR Kelantan juga berharap semua pihak bertenang dalam isu calon di mana-mana kerusi sehingga pimpinan tertinggi membuat keputusan dan makluman," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel PKR Kelantan sedia tanding 15 kerusi DUN

Sekianlah artikel PKR Kelantan sedia tanding 15 kerusi DUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Kelantan sedia tanding 15 kerusi DUN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/pkr-kelantan-sedia-tanding-15-kerusi-dun.html

Subscribe to receive free email updates: