Judul : Calon PM: Tiba Masanya Lihat Kepada Muka Baharu - Mukhriz
link : Calon PM: Tiba Masanya Lihat Kepada Muka Baharu - Mukhriz
Calon PM: Tiba Masanya Lihat Kepada Muka Baharu - Mukhriz
Betul juga apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Mukhriz .. sepatutnya muka muka baru atau generasi baru pula ditampilkan sebagai Calon untuk Perdana Menteri yang seterusnya..Bukannya terus berlegar antara nama-nama orang-orang lama yang dah terlalu lama berkecimpung dalam persada politik negara.. tak kiralah siapa pun..
BUkan tak ada.. ada banyak contohnya seperti KJ, Nurul Izzah, Rafizi dan lain-lain yang seangkatan dengannya..
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya negara melihat kepada tokoh baharu sebagai pemimpin masa depan, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Demikian pendapat Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, bercakap mengenai isu calon Perdana Menteri, yang melihat ramai lagi tokoh sedia ada yang berpotensi mengubah polemik politik.
“Bagi saya, sudah tiba masanya kita lihat tokoh-tokoh baharu pula. Kalau tidak, nama-nama sama juga yang disebut-sebut. Saya tidak pasti dari segi daya tarikan rakyat yang memilih.
“Ini termasuklah anak-anak muda yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Ia akan membuatkan satu pihak itu boleh memenangi pilihan raya ataupun tidak.
“Jadi, saya rasa, inilah masanya untuk kita mengubah paradigma ataupun polemik politik yang sedang kita alami ketika ini dan kita lihat pada contoh-contoh baik yang telah ditunjukkan di banyak negara di dunia ini.
“Yang mana, kadang-kadang muka baharu langsung orang tidak kenal pun, boleh ditonjolkan dan menyebabkan satu gelombang baharu,” jelasnya.
Selain itu, menjawab soalan sama ada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi memainkan peranan atau tidak dalam arena politik masa depan, ini penjelasan beliau:
“Saya berpendapat dia (Dr Mahathir) masih lagi mempunyai banyak pengalaman yang boleh dikongsikan, dan minda strateginya yang begitu hebat, kalau boleh saya sendiri mengakui.
“Ada perkara-perkara yang tidak terfikir oleh orang muda, yang berdasarkan kepada pengalaman yang begitu lama yang ada padanya.
"Jadi, dia boleh kongsikan dengan kita untuk kita melakar strategi untuk melawan saingan politik kita,” kata Mukhriz dalam sesi Dialog Pembangkang dikendalikan penyampai Astro AWANI, Luqman Hariz pada Selasa.
Dialog itu turut disertai tiga panel lain iaitu Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke; Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Sementara itu, Mukhriz menjelaskan, pihaknya hanya bersetuju untuk membentuk percaturan politik baharu atau grand coalition jika gabungan itu tidak melibatkan kluster mahkamah.
“Kita ingin tahu, kalau ada grand coalition, adakah ia akan melibatkan pihak kluster mahkamah, kalau ada puak puak sebegitu, maka kita tidak akan bersamalah.
“Setakat yang kami dengar daripada rakan-rakan dari Pakatan Harapan (PH), mereka pun tidak mahu mendekati golongan ini dan itu satu berita baik bagi kita.
“Jadi daripada situ, bolehlah kita bincang apa bentuk kerjasama yang boleh kita pupuk menjelang PRU15,” jelas Ahli Parlimen Jerlun itu lagi.
LAporan dipetik dari AstroAwani
Demikianlah Artikel Calon PM: Tiba Masanya Lihat Kepada Muka Baharu - Mukhriz
Sekianlah artikel Calon PM: Tiba Masanya Lihat Kepada Muka Baharu - Mukhriz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon PM: Tiba Masanya Lihat Kepada Muka Baharu - Mukhriz dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/calon-pm-tiba-masanya-lihat-kepada-muka.html